Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tambahan bekalan rumah diunjur akan perlahankan kenaikan harga hartanah pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Tambahan bekalan rumah diunjur akan perlahankan kenaikan harga hartanah pada 2023
Diterbitkan : 30 Dec 2022 11:14AM Dikemas Kini : 30 Dec 2022 11:20AM
SINGAPURA: Para penganalisis menjangkakan harga hartanah akan terus meningkat pada tahun depan tetapi bekalan rumah baru yang kukuh mungkin akan menyederhanakan kenaikan yang diunjurkan itu.

Bagi rumah privet baru, kenaikan itu mungkin setinggi 12 peratus berdasarkan salah satu anggaran.Namun, para pengamat lain menjangkakan peningkatan antara 5 hingga 8 peratus.

Kenaikan yang diunjurkan bagi flat-flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) adalah antara 5 hingga 11 peratus, menurut para pengamat.

Huttons menganggarkan bekalan rumah privet akan meningkat pada 2023 kepada sekitar 10,000 hingga 12,000 unit sepanjang 40 pelancaran rumah baru.

Ini berbanding 4,500 hingga 5,000 unit pada 2022 dan 10,496 unit yang dilancarkan untuk dijual pada 2021, menurut Huttons.

Selain itu, bekalan tambahan sebanyak 20,000 rumah berhalaman, tidak berhalaman dan kondominium eksekutif mungkin sudah siap dan boleh membantu menstabilkan harga, menurut Ramalan Pasaran OrangeTee.

Dengan lebih banyak pelancaran, OrangeTee menganggarkan harga rumah privet baru akan meningkat 5 hingga 8 peratus pada tahun depan, lebih perlahan daripada kenaikan 10 hingga 11 peratus yang dijangkakan pada 2022.

Para penganalisis di PropNex lebih berhati-hati dan berpendapat bahawa pertumbuhan harga rumah privet pada 2023 dijangka lebih sederhana dan meningkat pada rentak yang lebih perlahan antara 5 hingga 6 peratus disebabkan oleh kegawatan global dan kadar faedah yang tinggi.

Ketua Penyelidikan & Runding Cara ERA Realty, Nicholas Mak meramalkan kenaikan itu akan lebih tinggi dan mencecah sehingga 12 peratus berbanding setehuan lalu ekoran peningkatan kos pembangunan.

Disebabkan oleh bilangan rumah tidak terjual yang mencecah paras terendah dalam pasaran dan peningkatan kos, sesetengah syarikat pemaju hartanah akan menguji harga penanda aras baru dengan melancarkan projek-projek baru pada harga lebih tinggi berbanding projek-projek berhampiran yang dilancarkan sebelum ini, kata beliau.

Cik Christine Sun, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik di OrangeTee berkata pengambilan pekerja yang kukuh akan mengekalkan kuasa harga penjual dan pemaju hartanah tidak akan menurunkan harga dengan begitu ketara.

Sedang pertumbuhan ekonomi diramal perlahan, anggaran rasmi menunjukkan bahawa kemungkinan berlaku kemelesetan yang teruk adalah rendah sedang pasaran buruh kekal ketat, kata Encik Mak.

Encik Lee Sze Teck dari Huttons pula berpendapat bahawa harga tidak mungkin akan jatuh kerana permintaan spekulatif rendah dan pembeli mempunyai keupayaan untuk memenuhi bayaran pinjaman gadai janji yang lebih besar daripada kadar faedah yang lebih tinggi.

Sungguhpun demikian, kadar faedah yang semakin meningkat boleh menjejas minat sesetengah pembeli.

Encik Mak berpendapat walaupun pelaburan hartanah akan berkurangan, permintaan daripada pemilik-penghuni dijangka kekal stabil disebabkan oleh keinginan untuk memiliki rumah sendiri dan bagi mengelakkan kenaikan sewa.

Beliau berpendapat harga jualan semula flat HDB juga akan terus meningkat tetapi pada rentak yang lebih perlahan ekoran langkah-langkah mengawal hartanah dan peningkatan pada bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada tahun depan.

Pada September, Kementerian Pembangunan Negara (MND) menguatkuasakan tempoh menunggu selama 15 bulan ke atas pemilik kondominium yang ingin menjual hartanah privet mereka dan membeli flat jualan semula HDB.

Indeks harga jualan semula HDB mungkin "meningkat secara sederhana" sehingga 10 peratus, kata beliau.

Encik Lee dari Huttons lebih konservatif dalam unjurannya dan meramalkan harga flat jualan semula akan menyaksikan kenaikan yang tidak melebihi 5 peratus.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan