Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tambahan 1,000 mahasiswa diterima masuk universiti berautonomi S'pura pada AY2021

Keenam-enam universiti berautonomi di Singapura menerima lagi 1,000 mahasiswa pada tahun akademik 2021, dedah Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (29 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Tambahan 1,000 mahasiswa diterima masuk universiti berautonomi S'pura pada AY2021

Gambar: Calvin Oh

Diterbitkan : 29 Oct 2021 01:05PM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 01:07PM

SINGAPURA: Keenam-enam universiti berautonomi di Singapura menerima lagi 1,000 mahasiswa pada tahun akademik 2021, dedah Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (29 Okt).

Ini selepas universiti-universiti itu diberi "lebih banyak kelonggaran" untuk mengambil lebih ramai mahasiswa ekoran pengecualian luar biasa tahun ini demi menyokong para mahasiswa tempatan yang merancang untuk belajar di luar negara namun terganggu oleh pandemik COVID-19.

Dengan tambahan 1,000 mahasiswa, sekitar 17,800 rakyat Singapura diterima masuk ke universiti-universiti berautonomi bagi tahun akademik 2021.

Keenam-enam universiti berautonomi adalah Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Nasional Singapura (NUS), Institut Teknologi Singapura (SIT), Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).

Bilangan tersebut adalah sama dengan jumlah tambahan mahasiswa yang masuk ke universiti-universiti berautonomi pada tahun akademik sebelum ini, di mana pendekatan serupa dilaksanakan, tambah MOH dalam kenyataannya.

"MOE akan terus memantau situasi global COVID-19 dan sekatan perjalanan sedia ada, dalam menilai langkah-langkah sokongan bagi para mahasiswa AY2022," menurut kenyataan itu lagi.

Dalam satu catatan Facebook hari ini, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata universiti-universiti berautonomi itu menerima lebih banyak mahasiswa "sedang ia terus menjunjung piawaian kemasukannya".

"Pandemik menyebabkan banyak gangguan, tetapi saya gembira menerusi lawatan-lawatan ke kampus baru-baru ini saya dapat melihat para mahasiswa kita sudahpun selesa dan kekal bersemangat," tulis beliau.

"Ia mencabar bagi sesetengah mereka yang terpaksa menyesuaikan rancangan mereka untuk belajar di luar negara. Serupa dengan 2020, MOE melanjutkan bantuan dengan memberi AU (universiti berautonomi) sedikit kelonggaran untuk menerima lebih ramai mahasiswa tanun ini, berdasarkan pengecualian luar biasa."

LAPORAN BERKAITAN

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan