Taman Yishun dibuka semula; babi hutan berjaya ditangkap
SINGAPURA: Babi hutan yang melanggar seorang wanita di Yishun baru-baru ini sudah ditangkap.
Demikian menurut Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim, menerusi catatan di Facebook beliau hari ini (21 Mac).
Beliau juga mengumumkan bahawa Taman Yishun sudah dibuka semula menyusuli penangkapan babi hutan itu semalam (20 Mac).
"Para pegawai NParks memerangkap babi hutan itu pada 20 Mac dan sedang bekerja untuk menurunkan semua penghadang daripada taman tersebut.
"Para pegawai NParks mencari babi hutan itu sepanjang minggu lalu. Mereka memasang penghadang sementara untuk memastikan keselamatan orang awam dan untuk mengawal babi hutan tersebut," kongsi Dr Faishal.
Dr Faishal turut mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk kerana memahami keadaan sepanjang tempoh tersebut dan juga para pegawai NParks serta Majlis Bandaran atas kerja keras mereka.
"Saya juga gembira kerana mangsa yang diserang babi hutan sebelum ini sedang beransur pulih dengan baik," tambah Dr Faishal Ibrahim di menerusi catatan Facebook beliau itu.
Pada Rabu (9 Mac), seorang wanita dibawa ke hospital Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) setelah cedera dalam satu kejadian melibatkan seekor babi hutan di Yishun.
BACA: Seorang wanita dibawa ke hospital selepas "diserang" babi hutan di Yishun
Taman Yishun kemudian ditutup sementara untuk memastikan keselamatan awam sedang para pegawai NParks mencari haiwan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.