Taman Warisan Melayu akan ada unit penyelidikan baharu, program mentor warisan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Taman Warisan Melayu Singapura (TWM) yang akan dibuka semula kepada orang ramai pada 25 April ini akan mempunyai sebuah unit penyelidikan yang khusus.
Ia untuk mempergiat usaha dokumentasi, penerbitan dan kerjasama akademik berkaitan sejarah serta sumbangan masyarakat Melayu.
Unit itu dijangka akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi, penggiat budaya dan badan-badan masyarakat bagi memastikan warisan Melayu terus dikaji dan dikongsikan secara mendalam serta berwibawa.
Panel penasihat unit penyelidikan itu akan diterajui Dr Norshahril Saat selaku pengerusinya.
Ini bagi mencapai misinya yang lebih luas, melangkaui peranan tradisionalnya sebagai sekadar tempat penyimpanan artifak dan bahan pameran.
Dalam kemas kini tentang TWM itu yang dikongsikan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam pada Khamis (5 Mac), TWM akan menjadi hab yang menarik untuk semua.
"Ia akan menjadi sebuah hab yang dinamik dengan pelbagai program seperti pesta untuk kanak-kanak dan belia, tayangan filem secara berkala, serta pameran yang diterajui masyarakat bagi meningkatkan lagi pembangunan budaya dan usaha pembentukan identiti di Kampong Gelam ke tahap yang lebih tinggi," kata Dr Faishal.
Ia bertujuan mengukuhkan peranannya sebagai pusat utama warisan Melayu di Singapura.
PROGRAM MEMPERKASA PENGGIAT WARISAN BUDAYA
Di samping itu, TWM juga akan memperkenalkan Program Program Memperkasa Penggiat Warisan Budaya bagi menyokong pemindahan pengetahuan dan kemahiran tradisional antara generasi.
"Program Memperkasa Penggiat Warisan Budaya telah diperkenalkan untuk menghubungkan penggiat budaya dengan generasi muda. Program ini akan dijalankan selama 10 minggu bagi memastikan ilmu dan tradisi kita terus dipelihara serta berkembang merentas masa," kongsi Dr Faishal.
Program itu akan memberi tumpuan kepada bidang seperti seni persembahan tradisional, kraf, adat resam dan amalan budaya lain yang membentuk identiti masyarakat Melayu.
Inisiatif tersebut bertujuan memastikan warisan tidak ternilai bukan sahaja dipelihara sebagai bahan pameran tetapi terus diamalkan dan berkembang dalam kehidupan seharian masyarakat.
PERKASA WARISAN, MEMBINA MASA HADAPAN
Dengan penubuhan unit penyelidikan dan pelancaran program mentor itu, TWM dijangka memainkan peranan lebih besar sebagai pusat rujukan, pembelajaran dan penglibatan masyarakat.
Dr Faishal menegaskan bahawa usaha memperkukuh warisan bukan sekadar mengenang masa lalu tetapi membina keyakinan masa depan.
Kerja naik taraf TWM itu juga katanya mencerminkan komitmen berterusan untuk memelihara dan memperkaya warisan Melayu Singapura agar terus relevan, dinamik dan diwarisi generasi akan datang.
PESTA PECAH PANGGUNG - 9 HARI
Pembukaan semula TWM pada 25 April 2026 akan dimulakan dengan sebuah pesta selama sembilan hari.
'Pesta Pecah Panggung – Transcending Boundaries' itu bakal menampilkan lebih 50 program hasil kerjasama lebih 60 rakan kerja, sekali gus menandakan inisiatif besar pertama TWM sejak penutupan sementaranya.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.