Taman tema tertutup interaktif KidZania bakal kembali ke SG pada 2024
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: KidZania Singapore)
SINGPURA: KidZania akan kembali ke Singapura pada suku pertama 2024, dedah pemaju taman tema Sim Leisure Group (SLG) pada Isnin (12 Jun).
Taman tema tersebut yang merupakan daya tarikan tertutup buat keluarga, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakonkan dan mencuba pekerjaan berbeza-beza.
Ia pertama kali dibuka di Singapura pada April 2016 di Pulau Sentosa, namun ditutup dengan serta-merta pada pertengahan 2020 di tengah-tengah pandemik COVID-19 akibat masalah kewangan.
Ia akan ditempatkan di lokasi yang sama, selepas SLG memeterai perjanjian penyewaan dengan Sentosa Development Coporation.
"SLG akan memperbaharui Pusat Hiburan Keluarga seluas 7,600 meter persegi yang terletak di Pantai Palawan Sentosa ... dan memperkenalkan sejumlah tarikan dan pengalaman yang baru," dedah kumpulan itu.
SLG menambah bahawa ia sudah mendapatkan hak pelesenan jangka panjang bagi Singapura dari KidZania, iaitu rantaian antarabangsa pusat hiburan tertutup bagi keluarga yang dimiliki sebuah syarikat privet Mexico.
"Antara hiburan yang akan ditawarkan adalah Usahawan YouTube, Studio Animasi dan Ruang Pencipta, serta beberapa jenis kegiatan KidZania di seluruh Pulau Sentosa supaya ia lebih menarik buat keluarga dan kanak-kanak."
Taman tema baru itu akan memberi tumpuan dalam menggambarkan "bandar dan pekerjaan masa hadapan", memupuk keinginan mendalam terhadap kemampanan dan menggabungkan sekurang-kurangnya lapan elemen daripada 17 matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut kumpulan itu.
Taman tema itu juga menandakan peluasan SLG di Singapura, dan penambahan KidZania yang kedua di bawah kumpulan itu. SLG sedang menjalankan operasi KidZania di Kuala Lumpur buat masa ini.
"Kali ini saya akan pastikan KidZania Singapura kekal di sini," kata CEO Sentosa Development Corporation, Thien Kwee Eng.
Pengasas dan CEO KidZania, Xavier López Ancano menambah: "Selain membantu kanak-kanak merealisasikan inspirasi dan mengejar minat mereka, misi kami adalah untuk membantu mereka membangunkan asas kukuh nilai dan kemahiran sepanjang hayat."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.