Skip to main content

Singapura

Taman Singapura tampilkan 5,500 orkid di Pameran Hortikultur Antarabangsa Beijing

Pameran Hortikultur Antarabangsa Beijing bermula pada Ahad (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Taman Singapura tampilkan 5,500 orkid di Pameran Hortikultur Antarabangsa Beijing

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Cik Lee. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 02:40PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 02:46PM

BEIJING: Pameran Hortikultur Antarabangsa Beijing bermula pada Ahad (28 Apr).
Rekaan dipanggil Taman Singapura memamerkan tumbuh-tumbuhan menghijau menegak dan arca yang menampilkan landskap tropika Singapura.

Daya tarikan utama adalah 5,500 orkid dari lebih 200 baka yang ditampilkan.

Ini termasuk bunga orkid Papilionanda Xi Jinping-Peng Liyuan yang dinamakan bersempena nama Presiden China dan isterinya bila mereka melawat Singapura pada 2015 - dan Aranda Lee Kuan Yew yang dinamakan sempena mendiang pengasas Singapura.

Perdana menteri Lee Hsien Loong yang dalam rangaka lawatan lima hari ke China telah singgah ke Taman Singapura di pameran itu.

Pameran Hortikultur Antarabangsa itu adalah sebahagian daripada aktiviti diplomatik China tahun ini menyusuli Forum 'Belt and Road' yang berakhir Sabtu lalu.

Pameran itu menampilkan lebih 100 taman dari pelbagai negara. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita