Taman Semula Jadi Rifle Range dibuka semula; berwajah baru
Taman Semula Jadi Rifle Range yang diberi nafas baru dibuka kepada umum pada Sabtu (12 Nov) dengan penambahan kawasan seluas 66 hektar kepada Rangkaian Taman Alam Semula Jadi Tengah.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Taman Semula Jadi Rifle Range yang diberi nafas baru dibuka kepada umum pada Sabtu (12 Nov) dengan penambahan kawasan seluas 66 hektar kepada Rangkaian Taman Alam Semula Jadi Tengah.
Terletak dari selatan Hutan Simpanan Bukit Timah, taman tersebut berkeluasan kira-kira 123 saiz padang bola dan meliputi lebih 7 kilometer jejak taman dan pelantar laluan. Ia juga bertempat di tapak bekas kuari Sin Seng.
Kuari tersebut berhenti operasi pada tahun 1998 dan sedari itu, sudah diubah menjadi sebuah habitat air tawar dengan sebuah pelantar laluan dan tempat perlindungan burung untuk para pengunjung memerhatikan haiwan-haiwan tanah lembap.

Antara ciri utama Taman Semula Jadi Rifle Range juga adalah sebuah geladak pandang yang berbentuk seperti kubung - iaitu mamalia luncur - di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan di sekeliling kawasan tersebut dari atas tanah lembap kuari itu.
Taman itu menjadi rumah kepada kepada lebih 400 spesies flora dan lebih 300 spesies fauna seperti kubung Malaya, tenggiling Sunda dan harimau bintang.
Taman Semula Jadi Rifle Range adalah yang kelapan dalam Rangkaian Taman Semula Jadi Tengah, yang juga meliputi Taman Semula Jadi Dairy Farm, Taman Semula Jadi Hindhede serta Taman Semula jadi Thomson.
Kini, terdapat lebih 370 hektar taman semula jadi dalam kawasan rangkaian tersebut dan lebih 30 kilometer laluan jejak dalam taman-taman itu.
Pembukaan taman semula jadi itu pada Sabtu diserikan oleh kehadiran Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, yang dihoskan oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.
Menjelang pembukaannya, Pengarah Kumpulan Pemuliharaan Lembaga Taman Negara (NParks) Lim Liang Jim memberitahu media di satu taklimat bahawa antara matlamat taman tersebut adalah untuk menambah ruang-ruang hijau dalam cara yang semula jadi supaya ia dapat melindungi spesies fauna asli di sana.
Taman Semula Jadi Rifle Range bertindak sebagai penampan hijau untuk melindungi Hutan Simpanan Bukit Timah sementara meningkatkan ketersambungan ekologi dan menyediakan habitat pelengkap bagi kepelbagaian bio hutan simpanan tersebut.
Kerja-kerja menambah baik Taman Semula Jadi Rifle Range pertama kali diumumkan pada 2017.
Satu kajian asas kepelbagaian bio selama sembilan bulan kemudian dijalankan untuk mengenal pasti kawasan dan spesies yang penting bagi pemuliharaan. Lebih 110 kamera perangkap digunakan semasa tempoh itu untuk memantau haiwan di kawasan tersebut.
Hasil kajian itu memaklumkan tentang reka bentuk dan perancangan kerja bagi memastikan perubahan dilakukan dengan peka dan secara mampan, menurut NParks dalam satu kenyataan media.
Selain kajian itu, satu latihan menentukan profil ekologi juga diselesaikan pada awal tahun ini untuk meninjau bagaimana kerterhubungan antara ruang-ruang hijau boleh ditambah baik bagi membolehkan haiwan bergerak bebas, jelas Encik Lim.
Pihak berkuasa kemudian memasang ciri-ciri untuk memudahkan pergerakan haiwan yang selamat antara Hutan Simpanan Bukit Timah dengan Taman Semula Jadi Rifle Range.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memudahkan pergerakan hidupan liar, Sistem dan Isyarat Amaran Awal akan dipasangkan pada tahun depan bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya tentang kehadiran haiwan serta supaya mereka memandu dengan cermat.
Sistem-sistem tersebut juga menggunakan analitik video untuk mengecam haiwan apabila ia menghampiri jalan raya dan mencetuskan amaran Isyarat Amaran Awal. Lampu akan berkelip untuk menandakan bahawa ada kelibat haiwan di sekitar kawasan berkenaan.
Sistem itu dirintiskan di Old Upper Thomson Road pada 2019 dan mempunyai kadar ketepatan hampir 100 peratus dalam mengesan kehadiran haiwan.
Taman Semula Jadi Rifle Range juga taman semula jadi dengan tenaga positif bersih yang pertama di Singapura.
Ia menggunakan panel-panel suria yang boleh menjana sekitar 57 megawatt sejam tenaga elektrik untuk operasi astaka pengunjung dan tapak semaian masyarakat di taman tersebut.

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.