Skip to main content

Singapura

Taman Raffles Place akan diubah suai; sejarahnya mahu diserlahkan dengan reka bentuk moden

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Dec 2024 07:54PM Dikemas Kini : 15 Dec 2024 08:51PM
SINGAPURA: Dengan menggabungkan warisan sejarahnya, Taman Raffles Place akan diubah menjadi sebuah wahah di tengah kota yang disulami sentuhan moden yang segar.

Langkah ini bertujuan mencipta sebuah pusat masyarakat serba guna yang pada masa yang sama menghubungkan masa lalu dengan masa hadapan.

Sejak sekian lama, Taman Raffles Place menjadi tempat untuk mencari ketenangan daripada hiruk-pikuk kegiatan di tengah pusat bandar.

Sejarah ruang itu menjangkau jauh ke masa silam. Ia awalnya sebuah medan komersial tetapi dijadikan ruang letak kereta terbuka, sebelum berubah menjadi sebuah taman di atas stesen MRT sejak tiga dekad lalu.

Para arkitek kini mahu merombaknya kembali dengan mengambil kira warisan tersebut sambil memberikan sentuhan moden.

Mereka mendapat ilham daripada landskap asalnya sebelum dikelilingi pelbagai bangunan pencakar langit.

Reka bentuk baharu nanti akan menonjolkan jalur-jalur yang ditinggikan untuk mencerminkan lanskap kawasan yang asalnya berbukit itu.

Selain itu, unsur-unsur alam juga akan diselitkan agar dapat menyepadukan ruangan hijau dengan kehidupan bandar.

Ruang serba guna tersebut dijangka siap pada 2028 untuk kegunaan ramai, menawarkan hab dinamik yang menggabungkan alam semula jadi dengan reka bentuk moden.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita