Taman Perusahaan Suzhou catat 'kemajuan dramatik': PM Lee
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Taman Perusahaan Suzhou sudah mencatat "kemajuan dramatik" dan memenuhi matlamatnya untuk menjadi contoh bagi zon-zon pembangunan lain di China.
SUZHOU: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Taman Perusahaan Suzhou sudah mencatat "kemajuan dramatik" dan memenuhi matlamatnya untuk menjadi contoh bagi zon-zon pembangunan lain di China.
PM Lee berkata demikian dalam ucapan tahniahnya sepena sambutan ulang tahun ke-25 Taman Perusahaan Suzhou hari ini (12 Apr).
Suzhou merupakan projek taman perusahaan pertama antara China dengan sebuah pemerintah asing.
Ia sudah menanam asas untuk hubungan yang rapat antara Singapura dengan China.
Mengutuskan ucapan tahniahnya PM Lee berkata kejayaan taman tersebut mencermikan hubungan kerja yang rapat antara Singapura dengan China di setiap peringkat.
Kejayaan itu sudah membawa kepada banyak lagi kerjasama termasuk projek-projek bersama kedua-dua pemerintah di Tianjin dan Chongqing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.