Taman Merlion ditutup kepada orang ramai sedang keadaan makin sesak
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/ Grace Yeoh
SINGAPURA: Taman Merlion di kawasan Marina Bay sudah capai kapasiti penuh bagi sambutan Tahun Baru dan ia kini ditutup, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (31 Dis).
Polis menyatakan dalam satu catatan di Twitter pada pukul 8.10 malam bahawa terdapat orang ramai di sana dan menasihatkan orang awam agar mengelak kawasan tersebut.
Mereka yang ingin meraikan Tahun Baru di Marina Bay dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan online bagi tahap kesesakan sebelum menuju ke kawasan itu, menurut polis awal minggu ini.
Portal maklumat, Crowd@MarinaBay dihidupkan online pada pukul 6.00 petang tadi. Ia menunjukkan tahap kesesakan secaran langsung dan memberitahu tentang kawasan yang ditutup serta memaparkan ciri-ciri seperti laluan alternatif bagi pejalan kaki.
Pegawai polis, pegawai polis tambahan dan pegawai keselamatan dikerahkan untuk menguruskan orang ramai di pelbagai lokasi seperti The Promontory, One Fullerton/Merlion Park, Esplanade Park, Esplanade Waterfront Promenade dan Marina Bay Sands Waterfront Promenade.
"Apabila kapasiti kawasan ini mencapai had keselamatan yang dirancang, kawasan ini akan ditutup untuk memastikan keselamatan orang awam," menurut SPF pada Selasa (27 Dis).

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.