Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman Mata Air Panas di Sembawang dibuka semula; sediakan kolam, kafe untuk pengunjung

Jika dahulu, hanya terdapat paip air dan baldi di Taman Mata Air Panas di Sembawang. Taman tersebut kini menyediakan sebuah kolam, kafe serta laluan pejalan kaki yang dibarisi dengan pokok-pokok bunga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jan 2020 01:01PM Dikemas Kini : 04 Jan 2020 09:51PM

SINGAPURA: Jika dahulu, hanya terdapat paip air dan baldi di Taman Mata Air Panas di Sembawang. Taman tersebut kini menyediakan sebuah kolam, kafe serta laluan pejalan kaki yang dibarisi dengan pokok-pokok bunga.

Taman Mata Air Panas di Sembawang yang merupakan satu-satunya mata air panas semula jadi di Singapura, dibuka semula kepada orang ramai hari ini (4 Jan).

Taman seluas 1.1 hektar itu - kini menyediakan sebuah kolam di mana air menjadi dingin secara semula jadi dengan airnya mencurah empat tingkat ke bawah. Orang ramai juga boleh mencelup kaki di sebuah kolam yang disediakan.

Malah, para pengunjung juga boleh mengambil air dan merebus telur di kawasan itu. Kanak-kanak boleh bermain dengan mata air panas di sebuah sudut pendidikan, di mana mereka boleh belajar mengenai air bawah tanah melalui panel-panel yang disediakan.

Taman mata air panas itu kini menyediakan kolam, kafe dan laluan pejalan kaki yang dibarisi dengan pohon-pohon seperti pokok rambutan dan chiku serta bunga-bunga yang lazim dilihat pada tahun 1960-an dan 1990-an.

Kemudahan-kemudahan di taman itu juga sudah dinaik taraf dan kini terdapat tandas, taman riadah dan sebuah kafe.

Anggota-Anggota Parlimen GRC Sembawang dan Nee Soon, Khaw Boon Wan, Ong Ye Kung, Amrin Amin, Lim Wee Kiak dan Lee Bee Wah dan Dr Muhammad Faishal Ibrahim merasmikan taman tersebut hari ini dengan menamam pokok laici dan rambutan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan