Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman Marin di Pulau Subar Laut dan Subar Darat dibuka semula 2024 dengan ciri baru

Anggaran Waktu Membaca:
Taman Marin di Pulau Subar Laut dan Subar Darat dibuka semula 2024 dengan ciri baru
Diterbitkan : 19 Jun 2023 12:30PM Dikemas Kini : 19 Jun 2023 12:42PM
SINGAPURA: Taman Marin di Pulau Subar Laut dan Subar Darat (Sisters' Island) akan dibuka semula pada tahun depan.

Ia akan mempunyai lebih banyak ciri menarik supaya orang ramai dapat menghargai biodiversiti marin dengan lebih baik, dan kepentingannya dalam menangani perubahan iklim.

Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee mengumumkan demikian di Simposium Terumbu Karang Asia Pasifik pada Isnin (19 Jun).

Antara ciri-ciri baru adalah sebuah laluan hutan tepi pantai di Pulau Subar Laut, kolam pasang surut untuk pokok bakau yang kian pupus seperti Putat Laut dan Penaga Laut tumbuh meluas pada masa depan, serta dek memerhati burung.

Pembangunan tersebut dilakukan dengan bantuan syarikat perkapalan Ocean Network Express dan syarikat telekomunikasi Singtel, dengan masing-masing menyumbang S$1 juta.

Singtel juga akan menggunakan teknologi 5G bagi mewujudkan bilik darjah marin untuk para pelajar di pulau itu.

Singapura juga merancang untuk menanam 100,000 terumbu karang di perairan sekitarnya dalam tempoh 10 tahun akan datang.
 
Sumber : CNA/MM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan