Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman Jurong bandar pertama miliki laluan berbasikal di hampir setiap jalan raya utama

Taman Jurong adalah estet perumahan pertama di Singapura dengan laluan berbasikal sepanjang hampir setiap jalan raya utama di situ.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2021 08:35PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 12:11AM

SINGAPURA: Taman Jurong adalah estet perumahan pertama di Singapura dengan laluan berbasikal sepanjang hampir setiap jalan raya utama di situ.

Bersama laluan berbasikal yang baru di Tampines, ia akan meningkatkan rangkaian laluan berbasikal di Singapura setakat ini kepada 500 kilometer.

Taman Jurong merupakan antara estet perumahan tertua di Singapura. Memandangkan ia sangat padat, agak sukar untuk mencari ruang tambahan bagi laluan berbasikal.

Hasilnya, kini terdapat laluan berbasikal sepanjang 10 kilometer di estet tersebut yang menghubungkan penduduk ke pelbagai kemudahan termasuk sekolah dan stesen MRT.

Ini bermakna para penduduk tidak perlu berebut ruang di jalan-jalan raya utama.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) komited untuk membina 1,300 kilometer laluan berbasikal menjelang 2030.

Namun, September lalu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan rancangan itu mungkin tertangguh sehingga setahun ekoran pandemik.
 

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan