Skip to main content

Singapura

Taman Haiwan SG rai ulang tahun ke-50 dengan jelajah serangga, jejak 'ZOObilee'

Anggaran Waktu Membaca:
Taman Haiwan SG rai ulang tahun ke-50 dengan jelajah  serangga, jejak 'ZOObilee'

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan, Mandai Wildlife Group)

Diterbitkan : 22 Jun 2023 12:16AM Dikemas Kini : 22 Jun 2023 12:17AM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya yang ke-50, Taman Haiwan Singapura akan melancarkan siri jelajah di sebalik tabir bagi membolehkan pengunjung mempelajari peranan serangga dalam ekosistem.

Jelajah baru itu, yang akan diadakan di pameran 'Fragile Forest' akan dilancarkan pada 6 Ogos, dengan penjualan tiket bermula dari 6 Julai.

Tiket-tiket berharga S$118.40 bagi hari biasa dan S$148 pada hujung minggu dan cuti awam.

Sebagai sebahagian daripada acara 'Golden ZOObilee' atau 'ZOObilee Emas', sebuah kegiatan menjejaki taman haiwan itu akan diadakan, yang menampilkan arca 2D dan stesen interaktif tentang haiwan-haiwan terkenal di taman itu, termasuk Ah Meng, iaitu orang utan Sumatera.

zoo
(Gambar: Gaya Chandramohan)

Kegiatan itu berakhir di sebuah taman permainan seni berbentuk istana belon atau 'bouncy castle' sepanjang 21 meter.

JELAJAH BARU DEKATI DIRI ANDA DENGAN SERANGGA

Jelajah 'Incredible Invertebrates' pula meliputi kegiatan seperti mengenal pasti telur rama-rama dan membebaskan rama-rama ke dalam 'Butterfly Aviary', menurut Mandai Wildlife Group dalam kenyataan medianya.

Bercakap kepada media pada Rabu (21 Jun), penolong kurator di Mandai Wildlife Group, Delvinder Kaur, yang membangunkan program jelajah itu bersama pasukannya, berkata mereka mahu membawa pameran serangga lebih dekat dengan pengunjung bagi membantu mereka memahami dan mengatasi rasa takut terhadap serangga sedemikian.

zoo
(Gambar: Mandai Wildlife Group)
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita