Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman East Coast meriah dengan pengunjung yang datang beriadah, berkelah sempena Hari Kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seawal jam 8.00 pagi tadi, kawasan Taman East Coast sudah mula dikunjungi orang ramai.

Ramai yang datang untuk beriadah seperti berbasikal dan berkelah di sana.

Ada juga yang datang sekadar untuk menghirup udara nyaman dan bersenam.

Terdapat beberapa keluarga juga yang sudah berkelah dari malam semalam.

Tinjauan BERITAmediacorp mendapati kawasan tepi pantai di Taman East Coast penuh dengan khemah-khemah dengan para penghuni sibuk menyiapkan sarapan pagi.

Ramai yang ditemui berkata mereka tidak mahu melepaskan peluang cuti Hari Kebangsaan untuk meluangkan masa bersama keluarga di luar setelah dua tahun meraikannya di rumah sahaja.

Berkelah di Taman East Coast pada Hari Kebangsaan.

Bagi Muhammad Afiq Amshar, beliau dan keluarga berangkainya rasa teruja dapat kembali berkhemah di tepi pantai sempena.

Menurutnya, ia adalah tradisi keluarganya untuk berkelah dan bermalaman di pantai beramai-ramai pada setiap Hari Kebangsaan sebelum pandemik melanda.

"Sudah dua tahun sebab COVID-19 kita tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga jadi hari ini sekurang-kurangnya kita dapat berkumpul bersama-sama satu keluarga, cuti kan, jadi kita dapat luangkan masa bersama," kata Muhammad Afiq, 15 tahun.


Khemah-khemah di Taman East Coast.

Selain peluang untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga, ada juga yang meraikan hari istimewa mereka hari ini.

"Kita di sini untuk meraikan hari jadi saya yang bakal tiba. Lagipun sudah lama kita tidak berkelah jadi kita perlu adakan perhimpunan keluarga besar-besaran walaupun hanya dua keluarga sahaja," kata Nur Azizah, 35 tahun.

Beriadah pada Hari Kebangsaan

Mereka juga merancang untuk berada di sini hingga waktu malam untuk menyaksikan acara terbang lalu bendera negara dan pertunjukan bunga api yang boleh disaksikan dari bahagian tertentu Taman East Coast.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan