Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman di Persisiran teroka rancangan bina jambatan hubungkan Bay South, Bay East

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2022 03:01PM Dikemas Kini : 09 Nov 2022 08:45PM
SINGAPURA: Taman di Persisiran sedang meneroka kemungkinan untuk membina sebatang jambatan bagi menghubungkan kawasan Bay South dan Bay East, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Rabu (9 Nov).

Berucap di acara sambutan ulang tahun ke-10 Taman di Pesisiran, Encik Lee menarik perhatian bahawa kawasan Bay East Garden sedang dibangunkan menjadi sebuah taman tepi laut seiringan dengan pembinaan Taman Tugu Pengasas.

"Pandemik COVID-19 mengingatkan kita betapa pentingnya untuk mempunyai ruang-ruang hijau di dalam bandar kita dan Taman tersebut dapat memberikan orang ramai ruang berehat yang amat diperlukan," tambah beliau

Taman di Persisiran dikunjungi 8.3 juta penduduk tempatan tahun lalu iaitu jumlah pengunjung tempatan yang tertinggi, kata beliau.

"Kini dengan sekatan sempadan antarabangsa dilonggarkan dan perjalanan disambung semula, kami menyaksikan lebih ramai pelancong mengunjungi Singapura, termasuk di daya tarikan seperti Taman di Persisiran," kata Encik Lee.

Taman di Persisiran akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk menawarkan keahlian 'Friends of the Gardens' secara percuma selama setahun buat keluarga berpendapatan rendah di bawah inisiatif ComLink kementerian itu, tambah beliau.

Inisiatif itu akan bermula dengan keluarga yang tinggal di flat-flat sewa di Kreta Ayer dan Bukit Merah mulai Januari tahun depan, kata Encik Lee.

"Ini akan membenarkan mereka membuat kunjungan tanpa batas ke Flower Dome dengan orang tersayang mereka dan menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Taman di Persisiran," tambah beliau.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun yang ke-10 taman itu juga, pengunjung ke Taman di Persisiran boleh menerima bunga percuma di lokasi terpilih dari 11 hingga 13 November.

Taman di Persisiran juga akan melanjutkan waktu pembukaan Cloud Forest sehingga pukul 10.00 malam pada setiap Jumaat dan Sabtu mulai minggu ini.

Waktu pembukaannya pada hari Jumaat dan Sabtu akan dilanjutkan sehingga pukul 11.00 malam sepanjang tempoh dua minggu terakhir Disember.

Cloud Forest juga akan mengadakan acara pasar penanam terbesarnya pada 12 dan13 November, menawarkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai jualan, menurut Taman di Persisiran dalam kenyataan medianya.

Pada Disember pula, Taman di Persisiran akan melancarkan beberapa siri lawatan kemampanan percuma buat penduduk tempatan.

Tanam di Persisiran juga akan memperhebatkan usaha kemampanannya, kata Encik Lee dalam ucapan beliau.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan