Taman Burung Jurong sambut kumpulan terakhir pelawat sebelum tutup tirai; 'Bird Paradise' bakal buka pada suku kedua 2023
Taman Burung Jurong adalah taman hidupan liar yang tertua di negara ini dan mula beroperasi sejak 3 Januari 1971 lagi. Taman Burung itu turut menyambut ulang tahunnya ke-52 pada Selasa (3 Jan).
Tiket yang pada asalnya dijual pada harga S$38 buat dewasa dan S$25 buat kanak-kanak dijual pada harga S$10 pada Selasa.
Ada juga yang datang untuk mengimbau kenangan lama tatkala di bangku sekolah buat kali terakhir.
Pelawat teruja dengan penampilan dan gelagat lucu burung-burung lain seperti flamingo dan burung kakak tua dalam persembahan itu.
Rata-rata ramai yang berharap Taman Burung baru, 'Bird Paradise', akan mencetuskan kenangan yang lebih indah dengan kemudahan-kemudahan yang memanfaatkan teknologi baru dan canggih.
"Di tempat baru saya berharap ia lebih menarik daripada tempat ini," kata Cik Salina.
"Saya tidak sabar untuk nantikan taman burung baru kerana keadaan di taman ini jelas lebih lapuk jika dibandingkan dengan Taman Haiwan," kata Muhammad Faiz Zakaria, 26 tahun yang juga pernah menjadi pelajar latihan industri di taman berkenaan.
Pegawai pengurus kemudahan dan Juruteknik Penguin di Taman Burung Jurong, Roslee Mustaffa, turut berasa sedih kerana pelbagai kenangan di tempat lama itu.
Namun, dia akur pembaharuan diperlukan bagi mewujudkan pengalaman lebih menarik buat para pengunjung.
Encik Roslee juga berkongsi kenangan yang tidak dapat beliau lupakan iaitu ketika beliau bertemu dengan isterinya di taman burung itu, ibarat merpati dua sejoli.
Taman Burung baru di Mandai, 'Bird Paradise' akan menjadi rumah kepada 3,500 ekor burung daripada 400 spesis.
Taman Burung Jurong menyambut lebih 41 juta pengunjung dalam tempoh 52 tahun ia beroperasi
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.