Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman burung baru 'Bird Paradise' dibuka pada 8 Mei dengan harga diskaun

Anggaran Waktu Membaca:
Taman burung baru 'Bird Paradise' dibuka pada 8 Mei dengan harga diskaun

(Gambar: Mandai Wildlife Group)

SINGAPURA: Taman burung baru Singapura di Mandai Wildlife Reserve, 'Bird Paradise', akan membuka pintunya pada 8 Mei. Ia menawarkan tiket pada harga diskaun semasa tempoh pembuakaan tidak rasminya.

Taman tarikan seluas 17 hektar itu akan dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang, dengan waktu kemasukan terakhir pada pukul 5.00 petang, menurut Mandai Wildlife Group dalam satu kenyataan media pada Khamis (30 Mac).

Bagi pelancaran tidak rasminya yang berlangsung dari 8 Mei hingga 26 Mei, tiket masuk adalah S$38 bagi dewasa, S$23 bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga 12 tahun dan S$20 bagi warga emas.

Orang awam boleh membuat tempahan awal tiket masuk dan bagi program tambahan bermula 24 April, dengan tarikh lawatan bermula pada 8 Mei.

Tiket pada 27 Mei akan kembali pada harga asalnya iaitu S$48 bagi dewasa, S$33 bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga 12 tahun, dan S$20 bagi warga emas.

'Bird Paradise' adalah rumah kepada 3,000 ekor burung dari 400 spesies, menurut Mandai Wildlife Group. Ia menambah bahawa taman itu akan menempatkan beberapa jenis burung paling terancam di dunia, termasuk burung helang Filipina, merpati tanah Negros dan burung kakak tua leher-biru.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Mandai Wildlife Group Mike Barclay berkata bahawa kumpulan jagaan haiwan dan doktor haiwan sudah menjalankan "tugas yang sangat besar" apabila mereka mengalihkan lebih dari 3,000 burung dari Jurong ke Mandai Wildlife Reserve.

Bagi lawatan berulang ke taman itu, penduduk tempatan boleh menikmati keahlian 'Friends of Wildlife' bermula dari 24 April.

Keahlian tersebut menawarkan akses selama setahun ke semua empat taman hidupan liar Bird Paradise serta faedah lain seperti hak istimewa yang diutamakan, pengalaman hidupan liar dan diskaun.

Yuran tahunan bermula dari S$195 bagi keahlian 'Friends of Wildlife' dan S$245 bagi "Friends of Wildlife Plus'.

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan