Taman burung baru, 'Bird Paradise' buka pintu pada suku kedua 2023
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mandai Wildlife Group
SINGAPURA: Taman burung baru di Mandai akan mula membuka pintunya kepada orang ramai dalam suku kedua tahun depan.
Dikenali sebagai Bird Paradise, taman itu akan mempunyai 3,500 ekor burung daripada lebih 400 jenis.
Para pengunjung boleh meneroka lapan lau burung termasuk yang menempatkan burung-burung asal Afrika dan Australia.
Selain itu, ada zon peralihan antara lau-lau burung tersebut yang akan menjadi ruang pendidikan di mana pengunjung boleh belajar tentang usaha pemuliharaan taman itu.
Hampir 25% jenis burung di Bird Paradise adalah daripada jenis terancam pupus, kadar tertinggi di sesebuah taman haiwan seumpamanya.
Bird Paradise menyatakan ia komited untuk menjadi sebuah hab pemuliharaan dan kajian burung yang diiktiraf dunia.
Taman Burung Jurong bakal menutup pintunya pada 3 Januari tahun depan.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.