Taman Bacaan, MEMBINA Community seru usaha bersama tangani radikalisasi online dalam kalangan belia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura dan 'MEMBINA Community' menekankan pentingnya usaha bersama masyarakat dalam menangani ancaman radikalisasi online dalam kalangan belia, sambil meningkatkan kesedaran mengenai peranan keluarga, pendidikan dan sokongan masyarakat.
Gesaan itu dibuat susulan laporan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) mengenai tiga kes melibatkan belia berusia antara 14 hingga 19 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas menjadi radikal secara sendiri menerusi ruang digital dan dilaporkan membuat persediaan untuk melancarkan serangan ganas di Singapura.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Presiden Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura, Abdul Halim Kader, kes-kes tersebut menunjukkan keperluan untuk memperkukuh usaha pencegahan melalui kerjasama antara keluarga, sekolah, masyarakat dan pemerintah.
Pada masa sama, Pengarah Eksekutif MEMBINA Community, Jihad Suhaimi berpandangan bahawa peningkatan kes radikalisasi online membimbangkan kerana menunjukkan belia semakin mudah terdedah kepada pengaruh ekstremis melalui ruang digital yang sukar dikawal.
"Isu ini perlu dilihat sebagai cabaran seluruh masyarakat, bukan hanya khusus untuk satu kaum, kerana radikalisasi boleh berlaku merentasi pelbagai ideologi," katanya.

PENGARUH DIGITAL DAN PENCARIAN IDENTITI
Kedua-dua pertubuhan menyatakan bahawa ruang digital kini menjadi salah satu cabaran utama dalam usaha mencegah penyebaran fahaman ekstrem.
"Ramai belia sedang mencari identiti, tujuan hidup dan rasa kekitaan, lalu mudah terpengaruh apabila menemui kandungan yang memberi jawapan mudah kepada isu yang kompleks.
"Ditambah pula dengan algoritma media sosial dan kurangnya pemikiran kritikal, mereka menjadi lebih terdedah kepada naratif ekstrem," jelas Encik Jihad.
Menurut Encik Halim pula, ancaman masa kini tidak lagi tertumpu kepada satu ideologi tertentu, sebaliknya sebahagian individu dipengaruhi gabungan pelbagai rungutan, kepercayaan dan naratif ekstremis yang dikenali sebagai 'Composite Violent Extremism (CoVE)'.
MEMBINA DAYA TAHAN MELALUI SOKONGAN MASYARAKAT
Encik Halim menegaskan bahawa usaha pencegahan tidak boleh hanya bergantung kepada pihak berkuasa atau institusi pendidikan, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga dan masyarakat.
Menurutnya, bimbingan awal, literasi digital dan sokongan masyarakat penting dalam membantu golongan muda memahami isu kompleks tanpa terpengaruh dengan fahaman ekstremis atau keganasan.
Encik Jihad turut menekankan kepentingan menyediakan ruang yang selamat untuk belia mendapatkan bimbingan dan membina hubungan dengan individu yang boleh dipercayai.
"Pertubuhan belia perlu menyediakan ruang yang selamat untuk belia berbincang, mendapatkan bimbingan serta membina hubungan dengan mentor yang positif.
"Pada masa yang sama, program literasi digital, pembangunan kepimpinan dan kesukarelawanan dapat membantu membina daya tahan mereka terhadap pengaruh ekstrem," kata Encik Jihad.
PERANAN IBU BAPA, PENDIDIK DAN BELIA
Kedua-dua pertubuhan turut menekankan bahawa hubungan terbuka antara ibu bapa, pendidik dan belia amat penting dalam mengenal pasti tanda-tanda awal perubahan pemikiran atau tingkah laku yang membimbangkan.
Encik Jihad berkata ibu bapa dan pendidik perlu mewujudkan suasana di mana belia berasa selesa berkongsi pandangan serta cabaran yang mereka hadapi.
"Kepada belia, jangan takut mendapatkan bantuan atau bertanya kepada individu yang dipercayai apabila menemui kandungan yang mengelirukan atau menggalakkan kebencian," katanya.
Taman Bacaan pula menggalakkan pelajar supaya mendapatkan bantuan daripada guru, kaunselor atau pihak kepimpinan sekolah sekiranya mereka benar-benar bimbang terhadap keadaan seseorang rakan.
Bagaimanapun, Encik Halim mengakui sesetengah pelajar mungkin berasa takut untuk tampil kerana bimbang identiti mereka diketahui atau menjejaskan persahabatan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sekolah mempertimbangkan saluran pelaporan sulit atau tanpa nama bagi membolehkan kebimbangan disampaikan dengan lebih selamat.
TIADA ALASAN UNTUK KEGANASAN ATAU KEBENCIAN
Taman Bacaan menegaskan bahawa tiada sebarang alasan yang boleh mewajarkan keganasan, kebencian atau fahaman ekstrem.
Menurut pertubuhan itu, ideologi yang menggalakkan keganasan dan menyalahgunakan agama bagi membenarkan kemudaratan sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam.
Kedua-dua Taman Bacaan dan MEMBINA menekankan bahawa pencegahan awal adalah penting bagi memastikan belia yang berdepan pengaruh membimbangkan dapat menerima sokongan sebelum keadaan menjadi lebih serius.
"Keamanan dan keharmonian sosial Singapura tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang terjamin selama-lamanya.
"Hakikat bahawa tanda-tanda awal berjaya dikesan dalam salah satu kes terbaru membuktikan satu perkara penting iaitu laporan awal amat penting dan campur tangan awal mampu mencegah berlakunya kemudaratan," menurut Encik Halim.
Mengakhiri kenyataannya, Taman Bacaan menegaskan bahawa melindungi golongan muda daripada ancaman radikalisasi memerlukan usaha seluruh masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.