Talian Hotline Antikeganasan Nasional dipertingkat, dilancar akhir 2022

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Talian Hotline Antikeganasan Nasional (NAVH) yang dipertingkat akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.
Demikian diumumkan Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Cik Sun Xueling di Parlimen pada Selasa (8 Mac) semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS).
Talian bantuan yang dipertingkat itu bertujuan memudahkan lagi penduduk melaporkan keganasan keluarga dan kes-kes penderaan lain.
Peningkatan yang dilakukan termasuk membuat laporan menerusi pautan web atau aplikasi mudah alih.
Tahun lalu, talian hotline itu menerima 8,400 panggilan mengenai kes keganasan.
Semasa sesi soal jawab di Parlimen hari ini, Cik Sun berkata cara-cara baru membuat laporan akan meningkatkan lagi akses kepada talian hotline itu dan memudahkan mangsa atau saksi kejadian keganasan membuat laporan secara diam-diam.
Bagi tujuan itu, Cik Sun berkata MSF juga akan mengkaji kemungkinan serta perlunya mengadakan khidmat pesanan ringkas dengan mengambil kira perkara seperti keselamatan data pelanggan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.