Talian haiwan liar ACRES tidak lagi beroperasi 24 jam dek kekurangan dana, kenaikan dalam jumlah kes
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY
SINGAPURA: Mulai 15 Jun, talian penyelamat haiwan liar yang dikendalikan Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES) akan berhenti beroperasi selama 24 jam.
Demikian menurut badan perlindungan haiwan tersebut dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (8 Jun).
Setelah mengendalikan talian 'hotline' selama 24 jam itu berdekad-dekad lamanya, ACRES menyatakan pihaknya tidak lagi akan melakukan demikian, disebabkan kekurangan dana dan kenaikan dalam jumlah haiwan liar yang perlu diselamatkn dan dipulihkan.
Talian tersebut sebaliknya, akan beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 1.00 pagi setiap hari.
Semasa waktu tanpa kakitangan bertugas, ACRES menjelaskan bahawa pihaknya akan menyediakan "bimbingan berautomasi" menerusi WhatsApp bagi situasi yang boleh ditangani oleh sesiapa yang tidak terlatih.
Ia juga akan menawarkan cara alternatif bagi membantu haiwan yang perlu diselamatkan dengan segera.
Mediacorp sudahpun menghubungi ACRES untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pada Januari 2021, ACRES memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya menerima kira-kira 1,200 panggilan sebulan menerusi taliannya. Secara keseluruhannya, badan tersebut mempunyai kos operasi yang mencecah S$80,000 sebulan.
"Sejak sedekad yang lalu, Talian Penyelamat Haiwan Liar 24 jam mereka dianggap penting untuk menyelamatkan nyawa banyak haiwan," menurut ACRES dalam catatan Facebooknya pada Ahad.
"Kakitangan kami yang berdedikasi berkerja keras dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan dan memberi haiwan liar yang cedera peluang kedua (untuk hidup)."
ACRES menambah pihaknya akan menyemak semula operasi taliannya "secara berkala" sedang ia terus "mengumpul dana untuk mendapatkan lebih ramai kakitangan".
Mediacorp sudahpun menghubungi Lembaga Taman Negara (NParks), yang bekerja dengan kontraktor pihak ketiga untuk menguruskan isu-isu manusia-haiwan liar, untuk mendapatkan komen.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.