Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Talian baru dilancarkan untuk bantu mangsa online

Anggaran Waktu Membaca:
Talian baru dilancarkan untuk bantu mangsa online

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 27 Jul 2022 08:07PM Dikemas Kini : 27 Jul 2022 08:07PM

SINGAPURA: Beberapa inisiatif baru bakal dilancarkan, dengan tujuan membantu para mangsa gangguan dalam talian. 

Ini sedang pasukan bertindak mengenai bahaya online menamatkan tempoh perkhidmatannya selama setahun. 

Projek-projek baru termasuk menyediakan talian bantuan, dengan kakitangan yang dilatih untuk mengenal pasti keadaan bahaya yang biasanya dialami di wadah online. 

Selain itu, ia juga akan memudahkan mangsa untuk mendapatkan bantuan guaman.

Perikatan untuk Tindakan Singapura Bersama atau Sunlight AFA menyasar untuk menjadikan ruang online lebih selamat, terutama sekali bagi kanak-kanak perempuan dan wanita.

"Kami telah melakukan kajian dan mendapatkan maklum balas daripada orang awam namun kami perlu terus memupuk keseluruhan ekosistem ini agar kami boleh membangunkan strukturnya secara bersama. 

"Realitinya adalah teknologi ruang online kian berubah-ubah," kata Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan dan Undang-Undang Rahayu Mahzam. 

Semasa acara penutup bagi pasukan bertindak itu, para peserta diiktiraf bagi sumbangan dahulu dan sekarang.

Sekitar 100 peguam sukarelawan memberikan bantuan guaman kepada para mangsa gangguan online. 

Satu manual latihan bagi para responden juga sedang diusahakan.

Para anggota perikatan itu juga telah memulakan sebuah badan amal, yang akan melancarkan khidmat sokongan bagi para mangsa. 

Kumpulan itu juga telah menjalankan tinjauan, merintis pelbagai bengkel di sekolah-sekolah dan webinar sepanjang tahun lalu.

Sumber : CNA/AI/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa