Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Talian bantuan bagi warga emas dirintis di Ang Mo Kio

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jun 2022 06:33PM Dikemas Kini : 06 Jun 2022 08:40PM

SINGAPURA: Warga emas di Ang Mo Kio yang memerlukan bantuan seperti mendapatkan makanan, membetulkan lampu atau mengatur janji temu hospital - kini boleh menghubungi satu talian bantuan khas.

Inisiatif perintis tersebut, dipanggil ACES Care HelpLife, bermula pada Isnin (6 Jun), dan melibatkan sukarelawan warga emas untuk membantu warga emas lain.

Projek ACES Care Limited itu, dilancarkan pada Isnin oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Pusat Masyarakat Teck Ghee.

Ia akan dikendalikan oleh sukarelawan warga emas dari kawasan undi Teck Ghee, di mana PM Lee adalah Anggota Parlimennya.

Pengurus projek Encik Loh Wee Hiang berkata buat permulaan khidmat itu akan dikendalikan 30 sukarelawan. Satu tempoh masa diperlukan untuk memastikan sistem tersebut berjalan dengan lancar sebelum ia diluaskan ke seluruh negara. Beliau berharap ia dapat dilakukan dalam masa tiga tahun.

"Kami bergerak selangkah demi selangkah," katanya, sambil menambah bahawa "prasarana" sudah siap, tetapi mereka memerlukan lebih ramai sukarelawan dan juga untuk melatih mereka.

Encik Loh berkata latihan relawan mengambil masa sekitar dua bulan termasuk dalam "kemahiran" seperti menjalin hubungan dengan pemanggil serta menangani mereka yang sukar, selain kemahiran teknikal seperti cara menggunakan sistem panggilan ACES Care.

Sukarelawan juga dilatih untuk mengetahui pelbagai skim bantuan bagi warga emas, dan membantu pemanggil mengenai kes penipuan.

Sistem tersebut, yang dibina oleh perusahaan sosial Octopus8, menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dan membuat profil bagi setiap pemanggil dalam sistem yang selamat supaya sukarelawan boleh membuat panggilan susulan bagi setiap kes.

Sukarelawan boleh mengakses sistem itu menggunakan komputer riba, di pusat panggilan di Teck Ghee atau di rumah.

Data yang dikumpul juga akan dianalisa bagi menentukan corak demografi dan keperluan pemanggil, kata Dr S Vasoo, pengerusi ACES Care Limited.

Dr Vasoo berkata dengan penduduk yang semakin menua, keperluan untuk menyokong warga emas akan meningkat.

Cik Ann Soh, 68, yang bersara tahun lalu, menjadi sukarelawan di Yio Chu Kang sebagai Duta Generasi Perak sejak 2014. Beliau memulakan syif mengendalikan talian ACES Care pada petang Isnin.

"Warga emas yang uzur, terutama semasa vaksinasi (tempoh), mereka tidak tahu cara membuat tempahan," katanya.

"Ada yang tidak tahu bagaimana untuk membuat janji temu susulan lawatan mereka ke hospital... Ini sangat, sangat penting kerana kebanyakan warga emas mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua penyakit kronik."

Semasa melancarkan khidmat itu, PM Lee berkata: "Mengetahui bahawa ada seseorang yang boleh dihubungi, seperti talian bantuan ACES, seseorang untuk bercakap dengan anda… dan bersimpati dengan anda … ia sangat baik untuk warga emas, untuk penasihat warga emas.

"Mereka bukan sekadar bercakap dengan anda, tetapi juga menghubungkan anda dengan begitu banyak kumpulan lain yang boleh membantu anda secara praktikal. Saya mengharapkan kejayaan untuk anda dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan di sini dan mereka yang mengambil bahagian."

Nombor hotline itu ialah 6797 6797 dan ia dibuka pada hari kerja Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan