Takziah mendalam Presiden Halimah atas pemergian anggota NSF semasa lawan kebakaran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga dan orang-orang tersayang anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Koperal Edward H Go, yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas.
Puan Halimah berkata, mendiang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keberanian. Demikian menurut Puan Halimah dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (10 Dis).
Puan Halimah berkata, mendiang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keberanian. Demikian menurut Puan Halimah dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (10 Dis).
Orang ramai turut memberikan penghormatan kepada Koperal Go dengan meletakkan jambangan bunga dan ucapan khas di Balai Bomba Central di Hill Street, di mana mendiang ditugaskan.

Sebilangan pengguna juga mengutuskan ucapan takziah di lelaman media sosial.
Seorang pengguna Facebook yang mendakwa dirinya sebagai rakan keluarga mendiang mengatakan, Koperal Go adalah "sumber kebahagiaan" keluarganya. Seorang lagi pengguna menyifatkan mendiang sebagai seseorang 'yang hatinya sentiasa suci dan murni" dan anggota bomba yang berlatih dengan "keberanian dan rasa hormat".

Awal dari itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) tersebut maut ketika memadamkan kebakaran di sebuah flat di Henderson Road pada Khamis lalu.
Koperal Go, yang berusia 19 tahun, adalah anggota bomba pertama yang gugur di medan tugas.
Dengan persetujuan keluarga mendiang, Koperal Go akan disemadikan dalam satu upacara persemadian beristiadat.
Koperal Go, yang berusia 19 tahun, adalah anggota bomba pertama yang gugur di medan tugas.
Dengan persetujuan keluarga mendiang, Koperal Go akan disemadikan dalam satu upacara persemadian beristiadat.
Sumber : BERITA Mediacorp//CNA/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.