Takungan bawah tanah pertama SG di Bidadari siap dibina
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di bawah sebuah taman di Bidadari, terdapat dua ruang besar dengan dinding konkrit, yang boleh diakses melalui tangga.
Dengan kedalaman maksimum 6.5 meter, dua ruang tersebut dihubungkan kepada bilik dipenuhi paip dan syaf yang membekalkan seluruh estet dengan air boleh diminum.
Ia adalah takungan bawah tanah pertama di Singapura, yang dibina tahun ini. Kemudahan tersebut dapat membekalkan air kepada 8,800 isi rumah di Bidadari ketika ia beroperasi sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun ini.
Dengan dua tangki air yang dapat menampung air boleh diminum sebesar tiga kolam renang Olimpik, kemudahan tersebut berada betul-betul di bawah sebuah taman awam di estet baharu itu, di tapak bekas rumah penyimpanan abu mayat (columbarium) Mount Vernon.
Pembangunan itu diumumkan oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Rabu (19 Jun), di acara pembukaan Minggu Air Antarabangsa Singapura dan Sidang Puncak CleanEnviro Singapura.
Dalam ucapan pembukaannya, Cik Fu berkata Singapura sudah banyak melabur ke dalam pembinaan terusan, longkang dan takungan untuk mengurus air hujan secara berkesan.
Beliau menarik perhatian bahawa Takungan Bawah Tanah Bidadari, yang pertama dibina bawah tanah, akan disepadukan Taman Bidadari supaya dapat menjimatkan penggunaan tanah.

MEMANFAATKAN PENGGUNAAN TANAH SEPENUHNYA
Jumlah tanah yang terhad di Singapura merupakan sebab agensi air negara PUB memilih untuk membina takungan bawah tanah.
Buat masa ini, PUB mengendalikan lebih 10 takungan serupa, termasuk khidmat takungan NEWater bagi pengguna industri.
Takungan tersebut menyimpan air boleh diminum dari loji rawatan PUB, sebelum disediakan untuk pengguna, dan berfungsi sebagai penampan bagi perubahan dalam permintaan air.
Takungan khidmat sedia ada dibina di tanah tinggi untuk mengekalkan tekanan yang stabil dan konsisten sepanjang rangkaiannya, supaya air mengalir kepada pengguna melalui graviti tanpa memerlukan pam.
Cik Esther Khoo, timbalan pengarah jabatan rangkaian bekalan air PUB, menjelaskan bahawa takungan bawah tanah yang berada di estet baharu tersebut, bukan seperti takungan biasa di darat. Ia direka sedemikian untuk memastikan permintaan air di Bidadari dipenuhi dengan meningkatkan tekanan air pada waktu kemuncak apabila permintaan tinggi, iaitu dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, dan 6.00 petang hingga 10.00 malam.
Takungan bawah tanah Bidadari itu membekalkan air ke rumah melalui sehingga lima pam yang dikawal dari satu tempat.
Cik Khoo berkata kemudahan di Bidadari sudah dibina dan sedang menjalani ujian serta menguji tangki, sebelum ia beroperasi sepenuhnya menjelang suku ketiga 2024.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.