Takungan baharu geoterma ditemui di bawah tanah di Yishun
Anggaran Waktu Membaca:

Taman Yishun.
SINGAPURA: Para penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menemui bukti bahawa ada takungan baharu geoterma bawah tanah di Yishun.
Penemuan terbaharu itu memacu harapan bahawa ini mungkin membolehkan Singapura memenuhi keperluan tenaganya dan mencapai matlamat sifar bersih pelepasan karbon menjelang 2050.
Takungan sumber geoterma itu di temui di bahagian tenggara Sembawang Hot Spring atai Mata Air Panas Sembawang.
Para penyelidik menemuinya setelah mengerahkan 80 sensor di sekitar kawasan Mata Air Panas itu pada 2023.
Gegaran bawah tanah kemudian direkodkan secara berterusan selama 50 hari, dan ini membantu memberi gambaran mengenai lapisan batu bawah tanah.
Penemuan geoterma itu mungkin membuka jalan kepada lebih banyak penerokaan sumber geoterma.
Ketua penyelidik Balai Cerap Bumi Singapura di NTU Prof Madya Tong Ping berkata: "Apa yang kami rancang lakukan seterusnya ialah meluaskan tinjauan seismik di bahagian timur Yishun kerana di peringkat pertama, kami hanya fokus kepada daerah Mata Air Panas Sembawang.
"Kami mahu tahu potensi geoterma itu bagi seluruh pulau untuk seluruh negara. Jadi, di tahap kedua, kami bergerak ke timur. Bagi tahap ketiga, kami akan ke seluruh pulau. "

Sumber : CNA/DY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.