Skip to main content

Singapura

Takashimaya, Mustafa Centre dikunjung kes COVID-19 ketika berjangkit

Takashimaya dan Mustafa Centre pada Rabu (19 Mei) dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Takashimaya, Mustafa Centre dikunjung kes COVID-19 ketika berjangkit

(Gambar-gambar: Google Street View, Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 20 May 2021 08:07AM Dikemas Kini : 20 May 2021 08:18AM

SINGAPURA: Takashimaya dan Mustafa Centre pada Rabu (19 Mei) dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Rochor Beancurd House di Geylang Road, cawangan IKEA di Alexandra Road, Paragon dan Great World City juga ditambah ke dalam senarai tersebut, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Lokasi-lokasi lain termasuk Canberra Plaza, Tiong Bahru Plaza, The Star Vista, Peninsula Plaza, Funan dan TripleOne Somerset.

Senarai terkini adalah seperti berikut:

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

Senarai itu tidak termasuk kediaman, tempat kerja, kemudahan khidmat jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, individu-individu yang berada di lokasi-lokasi tersebut perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada virus," menurut MOH.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat tersebut, tambah MOH.

"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan membantu pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk menyediakan garis panduan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman." menurut MOH lagi.

Singapura melaporkan sebanyak 38 kes baru COVID-19 pada Rabu, termasuk 34 dalam masyarakat. Daripada 34 kes masyarakat itu, empat tidak terkait dengan jangkitan sebelum ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita