Tak perlu sorok! Ada cukup bekalan kit ART, kata MOH
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock/CandyRetriever
SINGAPURA: Peruncit dan farmasi runcit di Singapura mempunyai bekalan kit ujian pantas antigen (ART) COVID-19 yang mencukupi, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (11 Dis).
Menjawab pertanyaan media, MOH berkata ia sedar bertambahnya permintaan bagi kit ART, di tengah-tengah peningkatan kes jangkitan COVID-19.
"Pemeriksaan kami menunjukkan bahawa peruncit dan farmasi runcit mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok mereka," kata MOH.
"Tempahan tambahan juga telah dibuat untuk memenuhi permintaan," tambahnya.
MOH mengekalkan stok kit ART dan akan mengeluarkannya untuk menyokong peruncit jika perlu, katanya.
"Kami menasihatkan orang ramai supaya membeli jumlah kit ART yang cukup hanya untuk keperluan segera mereka dan bukan untuk menyorok bekalan."
Mediacorp telah menghubungi peruncit untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KES COVID-19 MENINGKAT
Jumlah kes COVID-19 pada minggu 26 Nov hingga 2 Dis dianggarkan meningkat kepada 32,035, berbanding 22,094 kes pada minggu sebelumnya.
Purata harian kemasukan ke hospital dan ICU juga meningkat.
MOH berkata pada 8 Dis bahawa ia sedang memantau rapi "beban kerja tambahan" kepada hospital yang "sememangnya sudah sibuk" untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan mampu menanganinya.
Meskipun jumlah kes semakin meningkat, tidak ada petanda bahawa varian yang menular lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk, tambahnya.
Pengagihan kelima dan terbaharu kit ART telah dijalankan dari 17 Jul hingga 30 Sep.
Setiap isi rumah di Singapura menerima enam kit ART, yang diambil daripada simpanan nasional.
MOH berkata simpanan kit ART dibina untuk mengurangkan gangguan rantaian bekalan dan lonjakan penggunaan secara mendadak.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.