Taiwan keluarkan S'pura, M'sia daripada senarai negara bagi kemasukan bebas visa
Anggaran Waktu Membaca:
Para pelawat tiba di Lapangan Terbang Taoyuan pada 19 Mac 2020. (Gambar: Sam Yeh/AFP)
SINGAPURA: Taiwan menarik balik kemasukan bebas visa bagi para pelawat dari Singapura, Malaysia dan beberapa negara lain daripada senarai negara yang diumumkan layak bagi kemasukan bebas visa sebelum ini, mulai minggu depan.
Pada Isnin (5 Sep), satu jadual yang diterbitkan secara online menunjukkan bahawa para pelawat dari Singapura dan Malaysia dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke pulau tersebut tanpa visa dan dibolehkan menginap di wilayah tersebut sehingga 30 hari.
Jepun dan Korea Selatan turut disertakan dalam kumpulan negara yang lebih besar, di mana para pelawat dari negara-negara tersebut layak bagi kemasukan bebas visa ke Taiwan dan menginap sehingga 90 hari.
Namun, pada Selasa (6 Sep), laman tersebut dikemas kini dan menunjukkan bahawa Taiwan akan "menggantung buat sementara waktu" kemasukan bebas visa bagi para pelawat dari negara-negara yang dinyatakan di atas, termasuk Chile, Republik Dominican, Israel, Nicaragua, Thailand, Brunei, Filipina dan Rusia.
Tiada sebab diberikan.
Mediacorp sudahpun menghubungi Pejabat Perwakilan Taipei di Singapura dan Biro Hal Ehwal Konsular Taiwan bagi perincian lanjut.
Sebelum ini, Taiwan mengumumkan pada Isnin (5 Sep) bahawa ia akan menyambung semula kemasukan bebas visa bagi pelawat dari beberapa negara mulai 12 September, sedang ia terus melonggarkan kawalan yang dikuatkuasakan untuk membendung penularan COVID-19.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.