Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tailong guna khidmat penghantaran makanan ganggu peminjam, amaran polis

Pemiutang tanpa lesen semakin kerap menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk mengganggu peminjam, dedah Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu makluman nasihat pada Rabu (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Tailong guna khidmat penghantaran makanan ganggu peminjam, amaran polis

Dua pekerja penghantaran makanan GrabFood menunggang basikal pada 20 Apr 2020 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 22 Apr 2020 07:35PM Dikemas Kini : 22 Apr 2020 07:47PM

SINGAPURA: Pemiutang tanpa lesen semakin kerap menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk mengganggu peminjam, dedah Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu makluman nasihat pada Rabu (22 Apr).

"Pemiutang tanpa lesen akan menempah makanan dengan jumlah yang banyak atau membuat tempahan berulang pada hari yang sama untuk dihantar ke rumah peminjam, selalunya pada lewat malam," menurut polis itu, sambil menambah bahawa kadang-kala pesanan tersebut dihantar ke rumah saudara-mara peminjam.

"Pekerja penghantaran makanan kemudian akan meminta bayaran daripada peminjam atau penerima makanan itu."

Sebagai sebahagian langkah "pemutus rantaian" jangkitan dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19, restoran-restoran dan kedai-kedai makan menutup khidmat makan di kedai, dengan kebanyakan daripada perniagaan itu bergantung pada khidmat penghantaran makanan untuk meneruskan operasi.

Akibat taktik terkini gangguan oleh tailong, banyak pengendali makanan dan minuman yang menggunakan khidmat penghantaran menanggung kerugian, menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

"Pihak Polis tidak bertolak ansur dengan kegiatan gangguan oleh pemiutang haram," tambah SPF.

"Mereka yang dengan sengaja menyebabkan gangguan dan rasa gusar kepada keselamatan dan keamanan awam akan ditahan dan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang." 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa