Taikun hartanah Ong Beng Seng bakal mengaku bersalah pada 3 Jul
Anggaran Waktu Membaca:

Taikun hartanah Ong Beng Seng tiba di Mahkamah Negara pada 4 Okt 2024. (Gambar AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Taikun hartanah Ong Beng Seng, yang berdepan dua pertuduhan berhubung kes mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran, dijangka mengaku bersalah di mahkamah pada 3 Julai.
Ini selepas persidangan praperbicaraan bagi kes Ong berlangsung pada Selasa (10 Jun). Rekod mahkamah tidak menyatakan sama ada dia akan mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan atau satu pertuduhan, dan jika ya, yang mana satu.
Jaminannya, yang ditetapkan pada S$800,000, sudah dilanjutkan.
Ong, 79 tahun, menjalani kemoterapi untuk barah sumsum tulang. Dia sebelum ini mendapat kebenaran untuk ke luar negara bagi tujuan perubatan.
Dia pada asalnya dijadual untuk mengaku bersalah pada 2 April, tetapi ini dijadualkan semula selepas dia meminta masa untuk mendapatkan laporan perubatan yang lebih terperinci daripada doktornya.
Dua orang yang rapat dengan Ong sebelum ini mengesahkan keadaannya kepada Medicorp, dengan seorang daripadanya mengatakan Ong menghidap berbilang mieloma.
Ini adalah sejenis barah sumsum tulang yang jarang berlaku, yang mana sejenis sel barah di dalamnya membiak secara tidak terkawal.
Ong dikenali sebagai individu yang membawa Formula 1 ke Singapura pada tahun 2008.
Ahli perniagaan warga Malaysia yang berpangkalan di Singapura itu dikenakan dua pertuduhan pada Oktober 2024, yang sepadan dengan pertuduhan yang mana Encik Iswaran mengaku bersalah pada September 2024.
Ong dituduh bersubahat dengan Encik Iswaran dalam mendapatkan perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke Doha bernilai kira-kira S$20,850 pada Disember 2022. Ini termasuk penerbangan keluar dengan pesawat peribadi Ong dari Singapura ke Doha, penginapan satu malam di Hotel Four Seasons Doha, dan penerbangan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura.
Pertuduhan kedua mendakwa bahawa Ong bersubahat dalam menghalang kelancaran proses keadilan dengan sengaja membantu Encik Iswaran pada Mei 2023, apabila Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) telah memulakan siasatannya, dengan membayar S$5,700 kepada Singapore GP untuk tiket penerbangan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura.
Ong ialah pengarah urusan Hotel Properties Limited (HPL), yang sebelum ini menyatakan dalam pengumuman Bursa Singapura (SGX) bahawa Ong akan mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang kelancaran proses keadilan, sambil mengakui pertuduhan lain diambil kira untuk hukuman.
HPL ketika itu berkata bahawa Ong "terus layak untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pengarah urusan".
Encik Iswaran dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada Oktober 2024. Beliau diletakkan di bawah tahanan di rumah pada 7 Februari. Beliau sudah menyelesaikan tempoh tahanannya dan dibebaskan dari tahanan penjara sejak 6 Jun.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.