Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tahun sekolah 2022 bermula 4 Jan, tamat 18 Nov

Anda sudah mula membuat perancangan bagi cuti sekolah tahun depan? Ini tarikh-tarikh yang perlu anda tahu...

Anggaran Waktu Membaca:
Tahun sekolah 2022 bermula 4 Jan, tamat 18 Nov

Gambar fail murid-murid sekolah rendah. (Gambar: Chan Chun Sing/Facebook)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 01:06PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 04:22PM

SINGAPURA: Tahun persekolahan 2022 bagi semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan bermula pada Selasa, 4 Januari, dan berakhir pada Jumaat, 18 November.

Demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOE) hari ini (11 Ogos).

Para pelajar yang akan memasuki maktab rendah dan Institut Millennia akan memulakan persekolahan pada hari Isnin, 7 Februari, sementara para pelajar lain akan bermula lebih awal pada hari Isnin, 10 Januari.

Empat musim cuti bagi sekolah-sekolah, maktab rendah dan Institut Millennia untuk tahun 2022 adalah seperti berikut:

(Sumber: MOE)

(Sumber: MOE)

Terdapat juga tiga cuti sekolah yang dijadualkan pada tahun 2022:

  • Hari Belia: 3 Julai (Oleh kerana cuti jatuh pada hari Ahad, Isnin keesokannya - iaitu 4 Julai - ditetapkan sebagai cuti sekolah)
  • Hari selepas Hari Kebangsaan: 10 Ogos
  • Hari Guru: 2 September
  • Hari Kanak-Kanak: 7 Oktober (bagi peringkat sekolah rendah)

Jadual penggal dan cuti sekolah bagi 2022 boleh diperolehi di laman MOE.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan