Skip to main content

Singapura

Tahun persekolahan 2027 akan bermula 4 Jan, berakhir 19 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
 Tahun persekolahan 2027 akan bermula 4 Jan, berakhir 19 Nov

Pelajar sekolah rendah di dalam bilik darjah. (Gambar fail: Facebook/Chan Chun Sing)

Diterbitkan : 14 Jul 2026 05:21PM Dikemas Kini : 14 Jul 2026 05:24PM
SINGAPURA: Tahun persekolahan 2027 bagi semua tadika Kementerian Pendidikan (MOE), serta sekolah rendah dan sekolah menengah akan bermula pada 4 Januari dan berakhir pada 19 November.

Murid Darjah 1 dan Tadika 1 (K1) akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari, manakala murid Tadika 2 (K2) serta Darjah 2 hingga Darjah 6 akan melapor diri ke sekolah sehari kemudian, iaitu pada 5 Januari.

Bagi sekolah yang digunakan sebagai pusat peperiksaan bertulis Pendidikan Sekolah Menengah (SEC) Singapura-Cambridge, penggal persekolahan akan berakhir lebih awal, iaitu pada 29 Oktober, menurut kementerian itu pada Selasa (14 Jul).

Pelajar tahun pertama di maktab rendah (JC) dan Institut Millenniae (MI) akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Februari, manakala pelajar JC dan MI yang lain akan memulakan persekolahan lebih awal, iaitu pada 11 Januari.

CUTI PERSEKOLAHAN 2027

Cuti sekolah pada bulan Mac bagi semua sekolah akan berlangsung dari 13 hingga 21 Mac, manakala cuti pertengahan tahun akan bermula pada 29 Mei dan berakhir pada 27 Jun.

Cuti sekolah bulan September pula dijadualkan dari 4 hingga 12 September.

Tadika MOE, sekolah rendah dan sekolah menengah akan memulakan cuti akhir tahun pada 20 November, manakala pelajar JC dan MI yang tidak menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' akan memulakan cuti mereka pada 27 November.

Mereka yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A', cuti sekolah akan bermula selepas peperiksaan mereka selesai.

MOE turut mengumumkan empat cuti sekolah yang dijadualkan pada 2027:

- Hari Belia: 4 Julai (Memandangkan cuti tersebut jatuh pada Ahad, Isnin berikutnya, 5 Julai, akan menjadi cuti sekolah)

- Sehari selepas Hari Kebangsaan: 10 Ogos

- Hari Guru: 3 September

- Hari Kanak-Kanak: 8 Oktober (bagi sekolah rendah dan bahagian sekolah rendah di sekolah penuh sahaja)

Jadual penggal persekolahan dan cuti sekolah bagi 2027 juga boleh didapatkan di laman web MOE di https://www.moe.gov.sg/calendar.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita