Tahun Baru Cina: Tempahan di Restoran Cina Halal melonjak sehingga 70%
SINGPURA: Tahun Arnab kali ini merupakan permulaan bagi masyarakat Cina meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina dengan penuh semangat.
Ini lebih-lebih lagi selepas dua tahun menyambutnya dalam suasana sederhana ekoran pandemik COVID-19.
Tempahan tradisi makan bersama di restoran Cina halal kembali rancak pada musim perayaan ini.
Tempahan yang diterima Restoran Cina halal, Home of Seafood di Joo Chiat melonjak 50 peratus berbanding tahun lalu.
Tempahan terbesar yang diterimanya adalah untuk 120 orang, hampir memenuhi kapasiti restoran itu sebanyak 160 orang.
"Tahun lepas, kebanyakan pelanggan terdiri daripada ahli keluarga ataupun kumpulan rakan sekerja yang lebih kecil kerana sekatan COVID-19. Tahun ini, lebih ramai orang membuat tempahan buat kumpulan yang lebih besar,” kata Pengerusi Home of Seafood, Mohamed Borhan.
Menurut Encik Borhan lagi, hampir tiada pembatalan tempahan pada saat-saat akhir seperti yang berlaku pada tahun lalu oleh pelanggan yang dijangkiti COVID-19.
Tempahan bagi set-set Yusheng yang dihantar ke rumah atau pejabat juga semakin berkurangan tahun ini kerana orang ramai lebih memilih untuk makan di restoran.
"Pada saya duit adalah masalah kedua kerana kami sekurang-kurangnya dapat meluangkan masa bersama dengan kawan-kawan," ujar seorang pelanggan, Zuliana Jaafar.
Bagi seorang lagi pelanggan Dolphy Yeo lega dapat menyambut Tahun Baharu Cina tanpa sekatan COVID-19.
Restoran A-Poh di Clementi juga sibuk melayan pelanggan.
Bagaimanapun, keadaan masih belum kembali kepada keadaan sebelum pandemik ekoran inflasi dan harga sewa yang semakin meningkat.
Bagi para pelanggan, peluang dapat menjamu selera bersama keluarga tersayang tanpa sebarang sekatan sangat dinanti-nantikan.
Seorang lagi pelanggan, Encik Gregory Ow berkata beliau akan terus berwaspada meskipun sekatan COVID-19 sudah dilonggarkan.
"Saya rasa ramai akan sambut perayaan ini dengan rakan dan keluarga. Kali pertama setelah sekian lama. Namun kami harus kekal waspada dan menjalankan tanggungjawab sosial. Jika anda sakit anda harus pastikan anda tidak bersama dengan orang lain supaya semua orang kekal sihat," ujar beliau.
Menurut A-Poh's Kitchen, ia turut menerima banyak tempahan daripada syarikat-syarikat korporat sepanjang minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.