Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tahap penjagaan jemaah haji Singapura oleh SPAO teliti dan lancar: Dr Maliki

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Ketua Delegasi Haji Singapura 2024 Dr Mohamad Maliki Osman melawat Klinik Perubatan dan Bilik Operasi Pejabat Urusan Jemaah Haji Singapura (SPAO) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Shisha, Makkah pada hari pertamanya di sana pada Selasa (11 Jun).

Dr Maliki berkongsi demikian dalam satu catatan Facebook pada hari ini (12 Jun).

Semasa lawatannya itu, Dr Maliki berpeluang menyaksikan sendiri dedikasi dan penjagaan luar biasa yang diberikan oleh pasukan SPAO kepada jemaah haji Singapura.

Gambar: MUIS

Menurutnya, beliau kagum dengan perhatian yang diberikan.

"Menyaksikan sendiri dedikasi tanpa henti dan penjagaan luar biasa yang diberikan oleh pasukan SPAO kepada jemaah Haji Singapura amat mengagumkan. Sejak hari pertama Haji, klinik ini telah menjadi sumber sokongan, memastikan kesihatan dan kesejahteraan setiap jemaah.

"Perhatian yang teliti dan pendekatan penuh belas kasihan oleh kakitangan perubatan telah memainkan peranan penting dalam memastikan jemaah Haji kita dapat menumpukan perhatian pada perjalanan rohani mereka tanpa kebimbangan kesihatan," kongsi Dr Maliki.

Gambar: MUIS

Bilik Operasi SPAO, tambah beliau, menyelaras setiap aspek keperluan jemaah.

Kerjasama yang lancar antara pasukan perubatan dan kakitangan operasi di sana mencerminkan semangat perkhidmatan dan kesatuan.

"Kerjasama mereka dengan pihak penguasa Saudi serta komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi memastikan setiap jemaah Singapura menjalani Haji yang lancar dan memuaskan kata beliau.

"Saya amat berterima kasih atas dedikasi pasukan SPAO, yang kerja keras dan belas kasihan mereka telah menjadi asas kepada kejayaan perjalanan Haji jemaah kita," kata Dr Maliki lagi.

Gambar: MUIS

Lebih 1,400 jemaah Singapura menunaikan Haji tahun ini, dengan kumpulan terakhir jemaah Singapura berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan