Tahap obesiti pelajar di Singapura naik sejak 2018
(Gambar: iStock)
SINGAPURA:Peratusan pelajar dengan berat badan berlebihan di Singapura meningkat daripada 13 peratus kepada 16 peratus dalam tempoh tiga tahun dari 2018 hingga 2021.
Kementerian Pendidikan (MOE) menarik perhatian keadaan pandemik COVID-19 yang menurutnya membawa kepada gaya hidup yang kurang aktif.
Dapatan itu disokong dua hospital, yang mengendalikan program pengurusan berat badan iaitu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).
Ia mendapati pemakanan tidak sihat dan gaya hidup tidak aktif semasa pandemik telah menyebabkan lebih ramai kanak-kanak bertambah berat badan.
Di KKH misalnya lebih 270 kanak-kanak menghadiri klinik pengurusan berat badan kendaliannya tahun lalu berbanding hanya kurang 200 pada 2019.
Hospital Universiti Nasional pula menerima 170 pesakit baru tahun lalu berbanding 120 pada 2019.
Doktor mengatakan trend peningkatan itu adalah membimbangkan.
Dr Elaine Chu Chu Shan, Konsultan Kanan di KKH berkata: "Kami melihat semakin ramai kanak-kanak, ada yang hanya berumur 10, berisiko menghidap kencing manis. Mereka masih dalam keadaan pra-kencing manis yang bermakna tubuh mereka tidak dapat mengawal paras gula dalam darah. Kami juga melihat ramai juga pesakit yang sudah menghidap tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan."
Mujur, oleh kerana kanak-kanak masih membesar, masalah obesiti boleh diubah dengan mengawal berat badan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.