Tahap keselamatan SG, keyakinan awam terhadap polis kekal tinggi
Anggaran Waktu Membaca:

Para pegawai Pasukan Respons Kecemasan Pasukan Polis Singapura. (Gambar fail: Nisha Karyn)
SINGAPURA: Keadaan keselamatan di Singapura kekal pada tahap tinggi tahun lalu.
Menurut laporan terkini pihak berkuasa, tahap keyakinan orang ramai terhadap polis juga tetap tinggi.
Kadar kematian akibat insiden kebakaran pula adalah salah satu yang paling rendah di dunia.
BILANGAN KES JENAYAH FIZIKAL KEKAL STABIL
Secara keseluruhannya, jumlah kes jenayah fizikal kekal stabil.
Antara pencapaian utama yang dicatatkan sepanjang tahun lalu termasuk kemerosotan kes mencabul kehormatan dan pecah masuk rumah.
Jumlah panggilan palsu ke talian kecemasan 995 juga berkurangan.
Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), kejayaan tersebut hasil usaha pendidikan awam.
Bagaimanapun, insiden kebakaran meningkat sedikit, dengan dua punca utama adalah membiarkan api di dapur semasa memasak dan yang berpunca dari elektrik.
Mengenai pesalah bentan, bagi bekas banduan yang mengulangi kesalahan dalam tempoh dua tahun, kadarnya adalah antara yang paling rendah bagi kohort yang dibebaskan dari penjara pada 2022.
Sementara itu, kes penipuan terus menjadi keprihatinan utama pemerintah.
Ini memandangkan bilangan kes yang dilaporkan dan jumlah wang yang lesap akibat penipuan semakin meningkat.
Ia termasuk kes penipuan e-niaga, tawaran pekerjaan dan pancingan data.
Tahun lalu, kebanyakan mangsa penipuan berusia bawah 50 tahun.

Sumber : CNA/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.