Tahap keselamatan acara-acara seterusnya akan ditingkatkan ekoran artis diserang: MegaXpress International
Syarikat MegaXpress International sedang membantu siasatan polis berhubung pelakon Malaysia Kamal Adli yang diserang pada Ahad (12 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:

Ekspo Halal 2022 di Singapore Expo. (Gambar: Tee Tony/Facebook)
BERITAmediacorp: Syarikat MegaXpress International sedang membantu siasatan polis berhubung pelakon Malaysia Kamal Adli yang diserang pada Ahad (12 Mac).
Kejadian itu berlaku di acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Dewan 5A, Singapore Expo anjuran syarikat tersebut.
Sejak kejadian itu, Kamal Adli sudahpun menjalani pembedahan.
Memandangkan beliau perlu berada di Singapura buat seketika bagi membantu dalam siasatan polis, pihak MegaXpress International juga membantu dalam melanjutkan penginapannya di hotel sehingga siasatan selesai dijalankan.
KEJADIAN SERANGAN PERTAMA BERLAKU DALAM SEJARAH 22 TAHUN MEGAXPRESS KENDALIKAN ACARA
Mengenai acara Hari Raya Mega Sale 2023, Pengurus Projek Kanan syarikat MegaXpress International, Mohammad Fadzlin Mohd Yusof berkata bahawa prosedur keselamatan tidak begitu ketat memandangkan ia adalah acara awam dan terbuka untuk semua orang.
Menurut beliau, semua orang - pengunjung dan artis - "boleh bergaul dengan satu sama lain tanpa sekatan".
Beliau menambah, kejadian serangan ke atas Kamal Adli itu yang berlaku di akhir acara tidak disangka mana-mana pihak.
"Kamal Adli dan isterinya terkejut, semua orang terkejut. Keselamatan di Singapura ini tinggi jadi, ini sesuatu yang sangat tidak disangka," kata Encik Fadzlin.
Dalam sejarah mengendalikan acara dan pameran sepanjang 22 tahun, Encik Fadzlin berkata bahawa kes serangan itu adalah yang pertama seumpamanya yang pernah berlaku.
KESELAMATAN AKAN DIPERTINGKAT BAGI ACARA-ACARA SETERUSNYA
Ketika dihubungi BERITAmediacorp, Encik Fadzlin berkata bahawa pihak MegaXpress International memandang serius keselamatan para pengunjung serta pihak-pihak yang mengambil bahagian dalam acara kendalian mereka.
Lantaran itu, tahap keselamatan perlu ditingkatkan di masa akan datang.
"Pada acara-acara akan datang, kami akan mengawal selia para pengunjung yang ingin mengambil gambar bersama para selebriti. Ini untuk meningkatkan tahap keselamatan," kata Encik Fadzlin.
Menurut beliau, tindakan itu amat penting untuk menjaga kebajikan para artis, serta keyakinan mereka terhadap pengendalian acara tempatan sebegitu.
Langkah-langkah keselamatan tambahan lain juga akan diambil buat acara-acara seterusnya.
"Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Singapore EXPO, untuk berbincang keperluan untuk menjalankan pemeriksaan beg para pengunjung pada masa hadapan. Ia sesuatu yang berkemungkinan akan berlaku buat acara seterusnya di sini," ujar Encik Fadzlin.
Antara acara kendalian syarikat MegaXpress International adalah Bazar Raya Utara (Woodlands) yang akan diadakan di kawasan padang bersebelahan pusat membeli-belah Causeway Point.
Namun acara tersebut lebih cenderung kepada acara kemasyarakatan dan Encik Fadzlin mengatakan bahawa para artis tempatan mahupun seberang tambak tidak dijemput.
MegaXpress International juga akan mengendalikan acara pameran Raya pada 7-9 April di Singapore EXPO.
Menurut Encik Fadzlin, pihaknya sedang dalam proses mendapatkan pelibatan artis-artis Malaysia bagi acara tersebut sedang dijalankan.
Beliau yakin dan berharap bahawa kejadian serangan yang baru berlaku itu tidak akan menjejas keyakinan para artis seberang tambak untuk mengikut serta acara-acara serupa di masa akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.