Tahap kepuasan penumpang bagi pengangkutan awam pada 2023 sama seperti 2022: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Sebahagian besar penumpang berpuas hati dengan pengangkutan awam di Singapura pada 2023, sama seperti pada tahun sebelumnya, umum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) pada Rabu (3 Apr).
Tinjauan Kepuasan Penumpang Pengangkutan Awam mendapati 93 peratus individu yang ditinjau berpuas hati dengan pengangkutan awam tahun lalu, dengan markah purata 7.8 daripada 10.
Tinjauan tersebut, yang dijalankan secara online, disertai 5,037 penumpang berusia 15 tahun dan ke atas, antara 14 Ogos hingga 24 September lalu.
Ciri perkhidmatan yang dinilai adalah keselamatan, tempoh menunggu, keberkesanan, maklumat perkhidmatan, akses kepada pusat pertukaran bas, perhentian bas atau stesen MRT, keselesaan, tempoh perjalanan dan khidmat pelanggan.
"Tiga ciri perkhidmatan tertinggi yang dinilai responden adalah keselamatan, akses, dan maklumat perkhidmatan," umum PTC.
Ciri keselamatan menerima skor purata kepuasan tertinggi, sebanyak 8.4.
Bagi khidmat MRT, ciri keberkesanan tempoh menunggu dan tempoh perjalanan disenaraikan di tiga tempat tertinggi ciri perkhidmatan terpenting. Ia meraih skor 8.2 bagi keberkesanan dan 8.0 bagi tempoh menunggu dan perjalanan.
Begitu juga dengan ciri terpenting bagi khidmat bas pada 2023, iaitu tempoh menunggu, keberkesanan dan tempoh perjalanan. Skor kepuasan purata bagi keberkesanan kekal pada 7.5, manakala skor bagi tempoh perjalanan naik daripada 7.5 kepada 7.6.
"Skor kepuasan purata bagi tempoh menunggu merosot, daripada 7.1 pada 2022 kepada 6.8 pada 2023," tambah PTC.
PENGANGKUTAN BAGI INDIVIDU KURANG UPAYA
Tinjauan berasingan bagi 400 individu kurang upaya dan penjaga mereka dijalankan antara 14 Ogos hingga 6 Oktober.
Tinjauan tersebut, yang dijalankan ke atas 180 individu kurang upaya dan 220 penjaga, mendapati 94 peratus daripada mereka berpuas hati dengan pengangkutan awam, dengan skor kepuasan purata sebanyak 7.6, serupa dengan skor pada 2022.
Skor kepuasan purata bagi ciri khidmat pengangkutan awam sama seperti pada 202, dengan ciri keselamatan
mencatatkan peningkatan paling banyak, tambah PTC.
Bagi kumpulan responden itu, ciri keselamatan mencatatkan skor kepuasan purata sebanyak 7.9, naik daripada 7.7 pada 2022.
'Keselamatan merupakan ciri perkhidmatan yang dianggap paling penting oleh individu kurang upaya serta penjaga mereka bagi pengangkutan awam, MRT dan khidmat bas, diikuti dengan keberkesanan dan akses," dedah PTC.
Bagi khidmat MRT, individu kurang upaya dan penjaga mereka sangat berpuas hati dengan ciri keselamatan, yang meraih skor purata 8.0, naik daripada 7.5 pada 2022.
Responden tersebut juga berpuas hati dengan ciri keselamatan bas, dengan meraih skor kepuasan 7.8, seperti 2022.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.