Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tahap kepuasan pengguna pengangkutan awam naik sedikit pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang ebih berpuas hati dengan khidmat pengangkutan awam tahun lalu, dengan tahap kepuasan naik sedikit pada 2022, berbanding tahun sebelumnya.

Demikian menurut dapatan tinjauan Majlis Pengangkutan Awam (PTC).

Majlis tersebut menyatakan pada Isnin (13 Feb) bahawa 92.7 peratus responden yang ditinjau berpuas hati dengan khidmat pengangkutan awam pada 2022, naik sedikit berbanding 92 peratus yang dicatatkan pada 2021.

Tinjauan Kepuasan Penumpang Pengangkutan Awam dijalankan setiap tahun sejak 2006, bagi
memahami jangkaan dan keperluan penumpang, serta mengenal pasti aspek-aspek yang perlu dibaiki.

Tinjauan itu dijalankan online melibatkan lebih 5,000 penumpang berusia 15 tahun dan ke atas.

Purata kepuasan terhadap pengangkutan awam kekal pada skor 7.8 buat tahun keempat berturut-turut.

Penilaian markah diberikan oleh penumpang berdasarkan lapan ciri khidmat seperti keselamatan, masa menunggu dan perjalanan, khidmat pelanggan dan keselesaan serta akses ke pertukaran bas, perhentian bas dan stesen MRT..

Bagi khidmat MRT, purata kepuasan meningkat daripada 93.6 peratus kepada 94.2 peratus.

Bagi khidmat bas pula, purata kepuasan meningkat daripada 90.8 peratus kepada 91.7 peratus.

Walaupun tahap kepuasan meningkat secara keseluruhan, namun tahap kebolehpercayaan mencatat markah terendah daripada 87.9 peratus kepada 85.5 peratus.
PENGANGKUTAN AWAM BAGI MEREKA YANG KURANG UPAYA

Tinjauan itu juga mendapati tahap kepuasan pengangkutan awam dalam kalangan golongan kurang upaya turut meningkat pada 2022, terutama sekali bagi perkhidmatan bas.

91.6 peratus individu yang ditinjau berpuas hati dengan khidmat pengangkutan awam pada 2022, berbanding 84.6 peratus pada 2021.

Tinjauan 2022 bagi golongan kurang upaya dijalankan secara online dan melibatkan 309 peserta kurang upaya serta 228 penjaga individu kurang upaya.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan