Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tahap 2 Laluan Thomson-East Coast tertunda lagi ke suku ketiga 2021

Pembukaan fasa kedua Laluan Thomson-East Coast (TEL) ditangguhkan lagi dan kini dijangka dibuka pada suku ketiga tahun depan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Tahap 2 Laluan Thomson-East Coast tertunda lagi ke suku ketiga 2021

Stesen Bright Hill . (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 14 Dec 2020 11:03PM Dikemas Kini : 14 Dec 2020 11:06PM

SINGAPURA: Pembukaan fasa kedua Laluan Thomson-East Coast (TEL) ditangguhkan lagi dan kini dijangka dibuka pada suku ketiga tahun depan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (14 Dis).

Enam stesen di bawah tahap kedua laluan itu - dari Springleaf hingga Caldecott - pada asalnya dijadualkan dibuka menjelang akhir 2020. Namun, ia kini dijangka dibuka pada suku pertama 2021 disebabkan oleh penangguhan akibat pandemik COVID-19 dan langkah-langkah untuk membendung penularannya.

Perkhidmatan kereta api di Laluan Thomson-East Coast mengalami gangguan selama lima jam pada 4 Dis disebabkan kerosakan isyarat. Ia mendorong pihak berkuasa untuk menyemak semula perisian sistem itu "dengan lebih menyeluruh" bersama kontraktor, menurut LTA dalam satu catatan Facebook.

Pengendali TEL, SMRT berkata gangguan tersebut disebabkan oleh "masalah sofwe" dalam komponen rangkaian sistem isyarat yang dibangunkan oleh firma Perancis Alstom.

Tahap pertama Laluan Thomson-East dibuka pada 31 Januari lalu dengan tiga stesen beroperasi - Woodlands North, Woodlands and Woodlands South.

Laluan sepanjang 43 kilometer itu, meliputi kawasan dari Woodlands hingga Sungei Bedok. Ia pada mulanya dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 2024, memberi khidmat kepada sekitar 500,000 penumpang setiap hari pada awal penubuhannya, dan meningkat kepada sekitar sejuta penumpang dalam jangka panjang.

LTA menganggarkan kerja-kerja binaan bagi beberapa projek akan juga tertunda sehingga setahun termasuk Laluan MRT Thomson-East Coast, Cross Island dan Daerah Jurong, Circle Line Fasa 6 serta Koridor Utara Selatan, yang sepanjang 21.5 kilometer. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan