Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAFEP tidak akan ambil tindakan terhadap Ubisoft atas dakwaan gangguan di tempat kerja, pertikaian gaji

Anggaran Waktu Membaca:
TAFEP tidak akan ambil tindakan terhadap Ubisoft atas dakwaan gangguan di tempat kerja, pertikaian gaji

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jan 2022 10:22PM Dikemas Kini : 27 Jan 2022 10:23PM

SINGAPURA: Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) menyatakan tiada tindakan akan diambil ke atas syarikat permainan video Ubisoft selepas satu siasatan dijalankan terhadap dakwaan berlaku pertikaian gaji dan gangguan di tempat kerja.

Menurut kenyataan TAFEP pada Khamis (27 Jan) syarikat Perancis yang membangunkan francais permainan video Assassins' Creed dan Just Dance itu mempunyai proses berstruktur untuk membayar gaji kakitangannya dengan adil.

Gaji pekerja berdasarkan prestasi mereka dan sebarang perbezaan adalah wajar berdasarkan pengalaman ataupun tempoh perkhidmatan.

TAFEP juga menarik perhatian bahawa syarikat tersebut sudah mengambil tindakan wajar apabila aduan mengenai gangguan berkenaan didapati benar dan aturan dibuat untuk mengurangkan interaksi di tempat kerja antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Perikatan tersebut menerima maklum balas tanpa nama mengenai Ubisoft Julai lalu, yang membuat rujukan kepada laporan yang dimuat naik ke Kotaku, satu laman web masyarakat permainan.

Laporan yang dimuat naik ke Kotaku ditulis oleh Encik Ethan Gach dan berdasarkan temu bual dengan lebih 20 bekas pekerja dan juga kakitangan yang masih bekerja di Ubisoft. Ia mendakwa Ubisoft tidak membayar gaji yang kepada pekerjanya yang berpangkat rendah dan jurang gaji antara penduduk tempatan dan ekspatriat "tidak masuk akal".

Terdapat juga "hambatan bahasa Perancis", yang membuat pekerja dari negara-negara lain yang tidak dapat bertutur dalam bahasa tersebut sukar untuk berjaya, terutama sekali jika mereka berasal dari Asia Tenggara ataupun seorang wanita.

Laporan itu juga menyebut bekas Pengarah Urusan Ubisoft, Hugues Ricour, yang tuduh terkait dalam gangguan seksual ke atas seorang pekerja wanita.

Sejak itu, Hugues diturunkan pangkat dan tidak lagi bekerja di pejabat Singapura selepas beberapa laporan gangguan seksual didapati benar.

Sumber : Today/NY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan