TADA bakal iktiraf badan perwakilan baharu bagi tingkatkan kebajikan & selesaikan pertikaian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat khidmat kereta sewa TADA akan mengiktiraf badan perwakilan baharu.
Ia bertujuan untuk meningkatkan kebajikan kakitangan dan menyelesaikan pertikaian dengan lebih baik.
Perjanjian tersebut dimeterai dengan persatuan berkaitan kesatuan yang mewakili kakitangan syarikat khidmat kereta sewa dan pekerja penghantaran makanan.
"Ini bukan sekadar perjanjian istiadat, ia adalah perjanjian bersama untuk membina rangka kerja yang akan memastikan perwakilan, perlindungan dan peluang yang adil bagi pekerja platform kami," kata Sean Kim, CEO TADA Singapura.
"Ia mengenai memupuk persekitaran di mana keprihatinan mereka didengar, hak mereka dihormati, dan cita-cita mereka dipupuk," tambahnya.
Sebagai permulaan, TADA akan menaja yuran keahlian 600 kakitangan untuk menyertai Badan Perwakilan Pekerja Platform tersebut.
Mereka akan melalui kursus-kursus seperti perkhidmatan pelanggan, kaedah memandu dengan lebih selamat dan penjenamaan peribadi.
TADA merupakan syarikat kedua untuk mengiktirafkan badan perwakilan tersebut, selepas pesaingnya, Grab, melakukan sedemikian pada Ogos.
Ia dilaksanakan menjelang perubahan perundangan pada tahun depan, yang bertujuan untuk melindungi kepentingan para pekerja platform.
"Dua lagi bidang yang kami akan terus usahakan ialah memastikan simpanan ketika bersara mencukupi dan CPF, serta sokongan kewangan akibat kecederaan. Jadi ini adalah dua aspek kumpulan kerja tiga pihak yang kami akan terus usahakan untuk memastikan pekerja kami disokong," kata Timbalan Setiausaha Agung NTUC Desmond Tan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.