Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAA & WARNA 942 berjaya capai sasaran S$250,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kempen radio 'Sinaran Hati 2024 oleh Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dengan kerjasama WARNA 942 berjaya mencapai sasaran S$250,000 yang ditetapkan.

Ia berlangsung sejak 30 September lalu.

Dana yang dikumpul itu akan disalurkan untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dan individu yang kurang bernasib baik menerusi bantuan kewangan yang akan diagih pada Ramadan 2025.

Kejayaan kempen tahun ini menggariskan kerjasama kukuh dan lama antara TAA dan WARNA 942, di mana para pendengarnya sudahpun menampilkan sifat murah hati dan semangat masyarakat.

"Kerjasama kita dengan WARNA 942 dan sokongan kukuh yang kita terima daripada pendengar WARNA 942 sudah memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran pengumpulan dana tahun demi tahun," menurut Ketua Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) TAA Encik Mohd Najib Sahib dalam satu kenyataan media.

"Sokongan kukuh mereka membolehkan kita terus memperluaskan pendekatan kita dan menawarkan banntuan yang bermakna kepada lebih banyak keluarga dan individu yang memerlukan," tambahnya.

TAA melahirkan rasa syukur kepada semua yang terlibat terutama para deejay Warna dan para pendengar atas usaha dan komitmen mereka membantu golongan memerlukan.

Sejak dimulakan pada 2007, kempen amal Sinaran Hati sudah memainkan peranan penting dalam menyumbang dana-dana yang dikumpulkan oleh TAA untuk masyarakat.

Kempen amal utama TAA ialah Kempen Ramadan yang berlangsung dalam tempoh bulan Ramadan.

Pada tahun hadapan, Kempen Ramadan TAA akan bermula dari 15 Februari 2025.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan