Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAA akan agih S$1.4 juta kepada kira-kira 3,600 penerima bantuan Ramadan ini

Kempen kumpul dana TAA raih S$650,000 setakat ini; harap dapat capai sasaran S$1.2 juta

Anggaran Waktu Membaca:
TAA akan agih S$1.4 juta kepada kira-kira 3,600 penerima bantuan Ramadan ini

Encik Fahmi Aliman menghulurkan sumbangan dana kepada penerima TAA. (Gambar: Dana Amanah TAA/Facebook)

SINGAPURA: Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan lebih S$1.4 juta kepada 3,624 penerima bantuan sempena Ramadan tahun ini.

Pada tahun lalu, sebanyak S$1.43 juta diagihkan kepada 3,589 penerima bantuan.

HARAP DAPAT CAPAI SASARAN KEMPEN KUMPUL S$1.2 JUTA JELANG RAYA

Sebanyak S$650,000 berjaya dikumpulkan Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dalam 20 hari pertama Ramadan tahun ini.

Demikian didedahkan Anggota Lembaga Pengamanah TAA, Encik Hamsani Raoh di majlis pengagihan pertama TAA di Wisma Geylang Serai hari ini (24 Apr).

Seramai 40 penerima mendapat habuan tunai berjumlah $400 hari ini, iaitu jumlah kuantum yang dikekalkan daripada tahun lalu.

taa
(Gambar: Dana Amanah TAA/Facebook)

Pihak Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) memberitahu BERITAmediacorp, meskipun dana yang diraih setakat ini sekitar separuh daripada sasaran S$1.2 juta yang ingin dikumpulkan, ia "berharap dapat mencapai sasarannya pada penghujung Ramadan."

TERUJA SEMANGAT MEMBANTU KIAN MEMBAKAR

Datuk Bandar CDC Tenggara Mohd Fahmi Aliman turut hadir di majis pengagihan hari ini.

Dalam ucapannya, Encik Mohd Fahmi berkata beliau teruja dengan semangat saling membantu golongan yang memerlukan terutama sekali oleh badan-badan Melayu Islam, seperti TAA.

taa
(Gambar: Dana Amanah TAA/Facebook)

"Memang semangat untuk menderma itu tetap ada. Ini menunjukkan bahawa kita saling bantu-membantu antara satu sama lain dan mengukuhkan semangat kita sebagai satu komuniti Melayu yang gemilang di sini," kata beliau.

Beliau juga menyeru masyarakat supaya terus menghulurkan sumbangan kepada usaha TAA yang murni ini.

Orang ramai boleh menderma ke TAA menerusi PayNow, pindahan wang, lelaman Giving.Sg, cek dan tabung TAA yang terletak di kompleks beli-belah Joo Chiat.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan