Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAA akan agih bantuan kepada lebih 3,500 penerima tahun ini, tertinggi dalam sedekad

Lebih 3,500 penerima yang kebanyakannya dari keluarga berpendapatan rendah akan meraih manfaat daripada kempen mengumpul derma Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 3,500 penerima yang kebanyakannya dari keluarga berpendapatan rendah akan meraih manfaat daripada kempen mengumpul derma Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun ini.

Jumlah penerima itu adalah yang terbesar sejak sedekad lalu.

Kempen amal tahun ini dilancarkan pada Ahad (11 Apr) di Wisma Geylang Serai oleh Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman.

Tema kempen TAA bagi tahun ini adalah "Ikhlas Menderma, Bersyukur Bersama”.

Ia akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan bantuan, terutama kepada mereka yang terus terjejas oleh keadaan ekonomi sekarang.

Ketua Jawatankuasa Eksekutif Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri Farihullah Abdul Wahab Safiullah berkata pandemik COVID-19 telah memaksa badan amal itu untuk memikirkan semula strategi pengumpulan dan operasinya.

"Kita dapat bergerak ke hadapan dalam menyediakan bantuan kewangan kepada yang kurang bernasib baik."

"Pada tahun lalu, sokongan dari masyarakat, penderma, rakan kongsi, sukarelawan dan media telah membolehkan TAA mengagihkan S$1.5 juta kepada 3,300 penerima. Ia merupakan kuantum pencairan tertinggi dalam sejarah TAA," kata beliau.

Sasaran kempen tahun ini adalah lebih S$1.2 juta.

Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh melakukannya secara online di www.taa.sg 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan