Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAA agih hampir $473,000 bantuan kewangan tambahan kepada lebih 3,600 penerima

Dana berjumlah S$472,940 akan diagihkan sebagai bantuan kewangan tambahan kepada lebih 3,600 penerima bantuan Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) pada 8 Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
TAA agih hampir $473,000 bantuan kewangan tambahan kepada lebih 3,600 penerima

TAA agih hampir $473,000 bantuan kewangan tambahan kepada lebih 3,600 penerima.

SINGAPURA: Dana berjumlah S$472,940 akan diagihkan sebagai bantuan kewangan tambahan kepada lebih 3,600 penerima bantuan Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) pada 8 Julai ini.

Menurut TAA, kebanyakan daripada penerima bantuannya bakal menerima agihan dana ini menerusi GIRO.

Jumlah itu merupakan tambahan kepada bantuan kewangan sebanyak S$1.45 juta yang diagihkan pada Ramadan tahun ini, iaitu pada bulan April lalu.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan bantuan kewangan yang disediakan menerusi kedua-dua agihan pada 2022 adalah S$1.92 juta iaitu yang paling tinggi dalam sejarah 30 tahun TAA.

"Kami sedar bahawa para penerima bantuan kami terus menghadapi pelbagai cabaran dan kami berharap bantuan kewangan tambahan ini dapat meringankan kesusahan mereka," menurut kenyataan TAA pada 5 Julai.

Menurut TAA, bantuan yang diagihkan tahun ini adalah hasil sokongan kukuh masyarakat, para penderma dan rakan-rakan kongsinya.
Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan