Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAA agih dana tambahan S$432,240 kepada lebih 3,600 penerima bantuan

Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan S$432,240 sebagai bantuan kewangan tambahan kepada 3,602 penerima pada 13 Julai 2021.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan S$432,240 sebagai bantuan kewangan tambahan kepada 3,602 penerima pada 13 Julai 2021.

Sebahagian besar daripada penerima itu akan menerima bantuan melalui GIRO, menurut TAA dalam kenyataan medianya pada Isnin (12 Jul).

Menurut TAA, dana itu adalah tambahan kepada bantuan kewangan bernilai S$1.43 juta yang diagihkan semasa bulan Ramadan pada Mei lalu.

Jumlah keseluruhan bantuan kewangan yang dihulurkan melalui dua agihan tahun ini adalah sebanyak S$1.86 juta.

Ia merupakan pengagihan TAA yang tertinggi sepanjang 29 tahun ia beroperasi.

Menurut Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Farihullah s/o Abdul Wahab Safiullah, pengagihan dana tambahan itu dapat dilakukan hasil pengumpulan dana TAA pada bulan Ramadan yang menjangkaui jangkaannya.

"TAA akan terus memainkan peranannya dalam menghulurkan bantuan kepada para penerima, terutama sekali di tengah-tengah kegawatan ekonomi ini," kata Encik Farihullah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan