Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAA agih Dana Darurat kepada 3,300 penerima pertama menjelang Aidiladha

Kehidupan Cik Mahhizon Koris, 70 tahun bertambah sunyi selepas suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai cahaya mata.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kehidupan Cik Mahhizon Koris, 70 tahun bertambah sunyi selepas suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai cahaya mata.

Lantaran itu, Cik Mahhizon yang menghidap darah tinggi, penyakit kencing manis serta masalah berkaitan pergerakan terpaksa mendapatkan bantuan seorang pembantu rumah yang digajikan oleh saudara maranya yang ingin memastikan keperluan sehariannya terjaga

Cik Mahhizon ialah antara 3,300 penerima pertama bantuan Dana Darurat Tabung Amal Aidilfitri (TAA) yang menerima agihan tambahan S$100.

Dana itu dapat diagihkan hasil sokongan padu masyarakat dan penderma semasa kempen TAA bulan Ramadan lalu.

"Kami amat prihatin dengan berbagai cabaran yang dihadapi para penerima TAA disebabkan pandemik COVID-19. TAA sangat bergantung kepada para penderma dan kami akan terus berusaha untuk meningkatkan dana yang terkumpul demi untuk meningkatkan bantuan kewangan yang diagihkan kepada kesemua para penerima TAA," kata pengurus TAA, Didicazli Ismail.

BANGKIT SEMANGAT SAMBUT AIDILADHA

Bagi Cik Mahhizon, sambutan Aidiladha terasa lebih ceria dengan sedikit buat tangan dari TAA termasuk kuih muih Raya.

Dengan dana tambahan, beliau lebih bersemangat untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada Jumaat (31 Jul) depan.

"Dengan duit itu, sampai masa kalau saya tengok apa yang tidak ada dalam rumah, nanti saya pergilah ambil untuk pergi belanja," kata Cik Mahhizon yang teruja kerana antara kuih yang diterimanya dalam habuan istimewa itu adalah kuih gemarannya, kuih bangkit.

Mengulas persiapan beliau untuk Aidiladha, Cik Mahhizon berkongsi sambil menahan sebak: "Persiapan saya tidaklah macam orang lain. Keadaan sekadar yang secukupnya. Cukuplah untuk saya makan. Itu yang saya nak. Saya tak ingat apa-apa. Orang kata, janji kita sambut Hari Raya, itu pada saya."

DANA DARURAT MUNGKIN DITERUSKAN

TAA berharap ia dapat terus memberikan Dana Darurat TAA buat tahun-tahun mendatang dengan sokongan masyarakat.

Dengan cabaran ekonomi semasa, serta trend permohonan sepanjang tiga tahun lalu, TAA menjangkakan jumlah pemohon bantuannya akan meningkat.

Pada Mei lalu, TAA mengagihkan S$1.15 juta di bawah Dana Aidilfitri TAA.

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan